Geran Padanan Digital Bernilai RM 5000

geran-padanan-pendigitalan-pks

Assalamulaikum Semua..

Hari ini, Awal 2022 nie, Coach Zul nak Share tentang 1 Geran yang sangat BEST. Sangat Wow dan sangat membantu banyak Golongan Usahawan atau disebut PKS (Perusahaaan Kecil dan Sederhana) atau SME pon boleh.

Apakah Geran Padanan Digital ini?

Geran ini menyediakan SOFTWARE yang sangat diperlukan untuk membantu Usahawan merekod Jualan, Invenstori (Stok), keluar masuk duit (akaun), pengurusan sumber manusia (HR) serta pembayaran Gaji (PayRoll). Biasanya kalo Coach develop sistem nie, jumlahnya tak kurang dari RM 5000. Dan dibayar secara Tahunan. Tahun 2022 nie,dengan Geran padanan Digital, ANDA BOLEH DAPATKAN FREE jer! Wow tak Wow?

Apa Lagi yang Dapat?

Geran Padanan Digital ini juga menyediakan HARDWARE nya sekali. Ada 3 Pakej yang Korang boleh pilih.

  1. PAKEJ A: POS TERMINAL. POS Terminal nie apa? Ala yang macam kita pergi seven E, kan dia ada Cash machine? tekan-tekan je keluar duit nak kasi baki kat korang kan? Haa ini lah POS Terminal + Cashier Machine. Lebih kurang Cam tu la. Sesuai untuk IKS yang membuat Kedai Runcit, ada kedai, bisnes Runcitan atau termasuk juga pusat tuisyen, cybercafe, cafe, restoran dan sebagainya.
  2. PAKEJ B: ePOS Tablet + ePOS Mobile. Yang nie sesuai utk anda yang buat bisnes secara bergerak atau Online. ye lah takkan nak bawak machine cashier pulak kan? jadi bawak Tablet atau bawak telefon sudah. Contohnya bisnes mengurut, bisnes MLM, bisnes apa jua yang sama waktu dengannya.
  3. PAKEJ C: Laptop. Yang nie sesuai untuk geng-geng insuran, property, konsultan dan buat bisnes berasaskan servis atau pendek cerita bisnes air liur. Macam Coach Zul jugak. kihkihkih

So gais, ini lah Geran Padanan Digital.

geran padanan digital POS System

BEST Ke Best Coach Nak Tanya nie?

Zaman dah berubah. Bantuan kerajaan kepada IKS ini Coach nampak mampu memberi anjakan Paradigma kepada Usahawan! Syarikat-syarikat gergasi, restoran besar, kedai runcit ternama dah lama pakai sistem nie! Kita yang usahawna kecil nie? Buku lejer pon xde. kan kan kan. Pastu tiap tiap bulan duit tak tahu duk mana. Untung berapa ntah, tak tahu.

So, geran Padanan Digital ini membuka 1 lagi lembaran baru Episod keunggulan bisnes IKS dalam menuju Era Hybrid.

Apa itu Era HyBrid?

1990-2010 : Kebanyakan Bisnes Adalah offline. Ramai Jutawan Asbab Bisnes Offline.
2010-2020 : Bisnes Online Mendominasi Pasaran. ramai Jutawan lahir Asbab bisnes Online.
2020-2022: Dunia Dikejutkan dengan Varian Covid 19 yang Dahsyat. Hampir 6 Juta Populasi Manusia di Dunia Meninggal Dunia dan di malaysia sahaja, 3 Juta Kes Dilaporkan. 10% Penduduk di Malaysia pernah kena Covid. Wow.

Syukur lah, pada tahun 2022, varian mula menurun ASBAB Tanggungjawab semua menjaga SOP dan Vaksinasi. Alhamdulillah.

Dan Wujudnya Orang mula buat Bisnes Online & Offline. Gabungan Online & Offline ini menghasilkan Era Hybrid  .

Orang dah biasa beli Online. Tapi orang juga rindu nak berbelanja secara Offline.

SYARAT MEMOHON GERAN PADANAN DIGITAL

Ada 3 je syarat mudah memohon GERAN Padanan Digital.

  1. Ada SSM. Berdaftar dan masih Aktif. Kalo dah lama mati, pi la renew cepat-cepat. kalo belom ada, pi buka cepat-cepat.
  2. Ada bank Statement Syarikat. Hat nie jangan pulak tanya akaun personal ke syarikat. Sah-sah la akaun syarikat. Kalo tak buat apa dia mintak SSM kan kan kan.
  3. Haaaa.. Kena Buat Sales RM 5000 sebulan. Kenapa ye? Sebab nak Make Sure Korang buat Bisnes laa.. dan kalo dah pernah capai 5k nie maksudnya dah serius buat bisnes! So memang kena ada sistem ini gais.

Ramai la yang PM Coach tanya, kalo xde SSM Boleh ke Tak? Kalo pakai Statement personal boleh ke tak? Kalo Tak sampai RM 5000 boleh ke tak?

Yang tanya nie misti dah tahu jawapan kan?? Saje je nak suh Coach bantu.

Gais, Geran ini dimohon melalui BSN iaitu Bank Sipanan Nasional. Bukan sedara mara Coach. Jadi kita Mohon ikut saluran yg betul dan kita follow saja apa yang mereka nak. Chilll je kan?

Dan, kalo Coach boleh bantu pon ada 1 cara.

iaitu Anda akan dibantu oleh Team Coach, iaitu tema dari syarikat Galaxy Merchant Sdn Bhd. Mereka akan bantu semua yang hadir Konvensyen Digital Marketing, KDM 2022 pada 28,29, dan 30 Jan 2022 ini.

Geran Padanan Digital

 

Hah apa tunggu lagi?

Dah ada orang nak bantu kot. Yuran konvensyen pon RM 50 jer. Sambil Mohon geran, Belajar dahulu 8 Strategi perniagaan menggunakan Digital Marketing! belajar Shopee, facebook, google, Whatsapp, tiktok, copywriting, teknik closing dan Power Branding. Owh PADU sangat-sangat!

DAH DAFTAR? Tahniah Coach ucapkan!

DAFTAR SINI >> https://coachzul.com/konvensyen
DAFTAR SINI >> https://coachzul.com/konvensyen

So Semoga Perkongsian ini Berjaya membantu Bisnes Anda di tahun 2022 ini ya!!

Ada Apa-apa nak tanya? cari Butang whatsapp kat tepi nie, dan Whatsapp Coach!

All The best Gais! Jumpa Di Konvensyen! Dan jangan Lupa rebut geran padanan digital HARI INI! Coach Pon Apply tau..

Follow fB Page CoachZul untuk Sentiasa Dapat Update!

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Whatsapp Coach Sini
    Hai..
    Apa Coach Boleh Bantu?