konvensyen digital marketing

Belajar ilmu perlu diiringi keberkatan-Nya

ILMU perlu bermanfaat. – GAMBAR HIASAN (islamituindah.my)

 

KONVENSYEN Digital Marketing 2022 anjuran IQP Solutions bersama Yayasan Wilayah Persekutuan selama tiga hari bermula 28 Januari lalu ternyata memberi nilai tambah yang cukup signifikan kepada para pesertanya.

Bukan hanya memperoleh dan memperkemaskan lagi ilmu digital marketing (pemasaran digital) yang terkini, tetapi juga berpeluang mendengar nasihat bernilai dari pakar motivasi tersohor, Dato’ Dr. Haji Mohd. Fadzilah Kamsah.

 

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah. (rencahrasa.my)

Selama sejam setengah terasa singkat apabila isu yang disentuh oleh Dr. Mohd. Fadzilah itu cukup dekat dengan  para peserta yang rata-rata adalah ahli bisnes dalam talian aktif.

“Usaha yang kuat, kerja keras, pelbagai strategi telah dilaksanakan dan sebagainya, tetapi pintu rezeki masih tertutup adalah antara isu yang sering melintas di minda orang bisnes.

“Lebih teruk lagi, isu tersebut berisiko sebagai pencetus kepada kemuraman sehingga menjejaskan hubungan kekeluargaan,” katanya pada sesi ceramah secara dalam talian di konvensyen itu.

Konvensyen yang dibuat secara dalam talian itu berjaya menarik minat lebih 200 orang peserta dari seluruh negara dan pelbagai ilmu pemasaran digital yang terkini telah dikongsi oleh 12 orang tenaga pengajar yang terlibat.

Selain orang awam, konvensyen itu turut disertai oleh wakil agensi kerajaan, badan berkanun, usahawan bawah Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK ) dan usahawan asnaf bawah Teraju Ekonomi Usahawan Asnaf (Teras).

Sepanjang tiga hari, para peserta mempelajari sembilan tajuk pemasaran dalam talian, menyertai empat sesi networking dan mendengar ceramah motivasi Dr. Mohd Fadzilah Kamsah yang bertajuk Magnet Rezeki.

Pada konvensyen itu juga, pihak penganjur turut berkongsi maklumat tentang Geran Padanan Digital ditaja oleh Galaxy Merchant Sdn. Bhd. bernilai RM 5,000.

ANTARA peserta yang hadir.

 

Dalam program sama, para peserta turut berpeluang memenangi pelbagai jenis  hadiah.

Mengulas lanjut, Dr. Mohd. Fadzilah memberitahu, antara puncanya adalah apabila kita meninggalkan perintah Allah SWT.

Beliau berkata, ia bermula apabila membandingkan pencapaian kita dengan orang lain, dan lebih teruk, kita banyak menyalahkan takdir-Nya.

Tambahnya lagi, kita mula tinggalkan solat fardu, tidak lagi baca al-Quran, kurang zikir, enggan taubat, lalai dalam bersedekah atau zakat dan suka memutuskan silaturahmi.

“Janganlah kita tertipu dengan mereka berjaya tetapi banyak buat dosa atau maksiat kepada Allah SWT kerana kejayaan itu bukanlah rahmat-Nya.

“Kita sepatutnya istiqamah dalam memperbaiki diri sendiri dengan menghadiri majlis ilmu supaya kejayaan yang kita peroleh nanti bukanlah suatu yang akan menjauhkan kita daripaa-Nya.” katanya.

Justeru, Dr. Mohd. Fadzilah menyeru para peserta agar terus istiqamat dalam mentaati perintah Allah SWT sama ada yang berbentuk fardu, mahupun sunat.

“Kita juga seharusnya bersikap mudah memaafkan kesalahan orang lain kerana ia bukan hanya mampu menenangkan jiwa kita tetapi  berupaya memperbaiki diri sendiri,” katanya.

 

 

 

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Whatsapp Coach Sini
    Hai..
    Apa Coach Boleh Bantu?