Categories

Saya Juga Hampir MUFLIS

Bangkit Dari Muflis

Ramai Usahawan Berjaya Pernah Mengalami Kejatuhan Yang Dahsyat. Lebih Dahsyat Bila Diisytihar M.U.F.L.I.S

Tahukah Anda 4 Sebab Muflis?

Pinjaman Kenderaan

36% Mangsa MUFLIS adalah disebabkan Pinjaman Kenderaan. Ramai orang Terjebak membeli Kenderaan Mewah pada usia Muda, di saat gaji masih kecil. Nilai Kenderaan Yang Diistiharkan MUFLIS adalah dalam nilai RM 50,000 ke atas. Lebih baik pakai Perodua ‘Kanch’. BMW pon susut nilai juga. PK dulu sebelum buat Pinjaman!!

Pinjaman Perumahan

26% Mangsa Muflis Adalah kerana Sebab Membeli Rumah Terlampau Mahal melebihi kemampuan Gaji. Tak mengapa tinggal di rumah Flat, asalkan mampu bayar dan Harga Rumah Tetap Naik Juga.. Sekarang mana ada rumah Flat berharga bawah RM 100k? Sabar Dalam Buat PINJAMAN!!

Pinjaman Peribadi

24% dari ramai orang MUFLIS adalah akibat Pinjaman Peribadi. Lebih menyayat hati, jika jadi gerento. Tak pasai-pasai kita pulak yang menanggung hutang orang. Manis dapat Loan RM 100k hanya terasa sebulan dua sahaja, tapi Pahit bila selepas beberapa bulan atau tahun tak mampu nak bayar. Cara Terbaik ialah Jangan Mohon!!

Pinjaman Perniagaan

14% jer. Sikit jer kan. Sebab? Sebab orang berniaga sangat susah nak buat Loan. Slip gaji tak de. Kesian orang berniaga. Tapi bila dah Jutawan, bersusun Manager Bank duk Call. Bersyukurlah, kerana kesusahan ini menjadikan ‘kita’ (saya dan anda) bebas hutang. Buang Mind Set nak berniaga perlukan modal yang besar. Kerana berniaga, boleh bermula secara kecil-kecilan.

2016, Saya Bebas Dari Muflis..

Kehidupan Makan Gaji memang Best. Sebab boleh buat Loan. Coach Zul masa mula-mula start bisnes awal 2006, masa tu baru tamat belajar kat UPM. Syarikat pertama saya Relau River Travel & Tours Sdn. Bhd. Kat Taman Negara Pahang, Sungai Relau.
Punyalah susah nak Mohon Bank. Alih-alih mohon ngn TEKUN jer. Dapatlah RM 18k. Tapi kesian, dek kerana tiada guru membimbing, RM 18k ntah ke mana, sempat bayar pon 2 tahun jer. Kemudian Tutup Syarikat Serah Kat Adik, Coach Zul Lari.. huhuhu

2009, Coach Zul sambung kejer Gomen kat Kota Bharu (PPDNKK). Alhamdulillah. Senang giller wei buat Kad Kredit. Hantar hari nie, esok terus lulus. Owh tak sampai sebulan, dah habis Limit Kad Kredit saya digunakan. Owh Apakah jenis keseronokan tersembunyi di sebalik Kad Kredit. Terserlah Kebodohan berhutang sebanyak RM 3k setiap bulan (bayar interest).

2010, Coach Zul kerja swasta pulak kat KL (sebuah syarikat MSC Status Company). Hah masa nie Alhamdulillah, guna kereta Ayah. Kalo tak, sambung lagi episod hutang baru. Masa nie, dah pandai mengintai Loan Peribadi. Kononya dah pandai Main Saham. Dan nak beli Rumah. Gaji pon dah nak cecah RM 4k sebulan.

2013, Loan Peribadi pon mohon, Loan rumah Pon Mohon. gabung lagi ngn Loan Wife. Masa tu dia kerja sebagai Pensyarah. Sempat jugak beliau buat Loan Tutup Lubang sikit sebanyak. Menarik sekali, Permohonan Beli 2 bijik rumah LULUS. Allah Saja yang tahu seronoknya. Wife saya pada masa nie ambik Cuti Tanpa gaji sebab Sambung Master kat UPM. Rumah, kita bagi sewa kat orang..

Ya. Seronok sesangat nie rupanya pada bulan pertama jer. Masuk bulan kedua, pampers anak-anak pon dah tak sempat nak beli. Haru biru. Sebab? Sebab dah banyak sangat Nikmat Allah beri, kali ini Allah uji dengan seberat-berat dugaan. Syarikat tempat Coach Zul bekerja mengalami kejatuhan dan tak dapat membayar gaji. Hah tu dia..

Dalam ketegangan menguruskan kewangan yang terhimpit, bantuan keluarga dan sahabat handai sangat2 diperlukan. Tetapi berama lama? Sampai bila? 3 bulan? 6 Bulan? 1 tahun?

Akhirnya, bertahan hingga bulan ke 6, syarikat memang tidak berupaya membayar gaji. setelah berbincang dengan isteri, sebuah Rumah Kami Jual. Anak-anak pon dah tak gi Nursery dah.

Penghujung 2013, Wife Coach Zul mula start berniaga Online kecil-kecilan, Mykidz Boutique nama bisnes awal kami. Dengan kewangan yang sangat2 Terhad. Ya. Duit kami tak sampai pon RM 500 sebulan. Dan kami menubuhkan syarikat IQP Solutions.

2014, Dengan Paksa Rela, Coach Zul mula meneroka Peluang Bisnes Baru. Jadi Penceramah, Jadi Fasi, Jadi Speaker, Jadi Trainer dan tenaga Pengajar Microsoft (Gunakan Kembali Kepakaran). Ada duit, pergi berguru sana sini. Jumpa lah Dengan kawan-kawan kata Best Berguru Dengan Dr Azizan dan sebagainya. Tapi disebabkan tiada Duit, Coach Zul belajar sendiri je lah. Dan curi-curi Ilmu dari kawan2 yang pergi IMKK, MMM dan sebagainya.

Bisnes Online Pon sama. Tak sempat nak berguru sana sini dengan Sifu-sifu hebat, kita redah je FBAds. Dan Siasat sendiri apa kelemahan marketing, sampai lah berjaya buat sales purata RM 10k sebulan.

Wah, seronok Rupanya Buat Bisnes. Memang kita tak leh buat Loan. Tapi kita boleh buat Duit tahap infiniti. Rajin Buat -Dapat, Malas Pon Dapat tau. Yaitu dapat sikit. Kami berjaya beli kereta sendiri. Pindah rumah yang lebih selesa.

2016, hari malang buat Coach Zul. Semua Banker dah jumpa Nombor Baru Saya. Personal Loan + Loan Rumah + Loan Tekun + Loan kad Kredit. Wakakaka.

Saya di AMBANG MUFLIS. AKPK pon dah tak leh tolong.

Alhamdulillah dalam tempoh 3 Bulan, Usahawa Dari Rezeki Perniagaan + Berdikit Dengan Wife, Kewangan kami tersusun semula. Rayuan demi Rayuan kami buat. Dan akhirnya tinggal Sikit jer lagi belum selesai, yaitu Personal Loan. Dan Rumah (terselamat dari kena lelong). InshaAllah tahun depan (2018), Coach Zul nak Let Go Rumah tu. Nak beli Banglo sebijik, InshaAllah.

Coach Zul bersyukur, Allah permudahkan laluan Coach Zul untuk bekerja di semua Sektor. Berniaga. Kerja Gomen. Kerja Swasta dan Berniaga Semula. Dan memberi izin untuk Coach Zul lalui semua perjalanan indah ini.

Mungkin juga untuk membantu lebih ramai usahawan-usahawan di luar sana yang dilanda kesusahan yang jauh lebih Dahsyat dari saya. Nasihat saya, Jangan Berhutang. Jika Loan anda ditolak, BERSYUKUR lah. Anda tidak perlu lalui perjalanan jauh seperti saya. Rugi Masa.

Jika anda tiada Duit untuk buat bisnes atau besarkan bisnes, mula lah dengan kecil dahulu. Bermula RM 500, kini IQP Solutions memiliki 2 Cawangan di Selangor dan Kota Bharu. Lebih BEST, Wife Coach zul baru je habis belajar. Lama betul beliau sambung Master. AlMaklumlah, dengan jadi Suri rumahnya, Nak Berniaga Onlinenya. Pindah Rumahnya, Kena Kejar Bank nya. Owh Macam2 Onak Duri Kami Lalui..

Anda Tahu? Wife Coach Zul dah buat keputusan berhenti Kerja. Walaupon Master beliau dah dapat, tapi beliau tak nak teruskan Karier sebagai Pensyarah. Beliau tahu, kerjaya Usahawan lebih berikan Pulangan yang lebih baik.

Lagi-lagi IQP Solutions adalah Milik Penuh Beliau 100%. Ada Staff yang perlu beliau teruskan Perjuangan ini. Dan kemajuan IQP Solutions akan terus membawa Rahmat menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih ramai Graduan mendapatkan pelerjaan. Atau Setidaknya, IQP Solutions membantu ramai Usahawan-usahawan melalui Program yang diaturkan oleh Coach Zul.

MUFLIS?

Owh Tidak. Jangan ULANGI lagi!!

Coach Zul Story

Impian Jutawan

Kami tidak pernah terfikir selepas berkahwin, kami akan buka syarikat bersama-sama. Benar sekali, kita merancang, Allah merancang. Sebaik-baik perancangan adalah dari Allah.

Yang Nak jadi Jutawan hanya Coach Zul jer sejak dari Zaman Sekolah lagi. Wife beliau tak pernah terfikir pon. Tapi hari nie, permaisuri beliau dah mula nak buka Firma Tupperware Sendiri. Nak kuasai Market tupperware Malaysia katanya.

Ermm Tak Per. Semua orang nak jadi Jutawan. InshaAllah, biarpon kita belom Jutawan, Allah dah berikan nikmat Jutawan itu pada kita. Bahagia tak boleh beli dengan nilai RM 1 Juta. Anak-anak tak leh beli dengan nilai RM 1 Juta.

SEDAR & BERSYUKURLAH.

Sabda Rasulullah Sallallahhualaihiwassalam “Sebenarnya orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah mereka yang pada hari Kiamat datang dengan membawa pahala amal solat, puasa, zakat dan haji tetapi semasa di dunia mereka pernah mencaci maki orang, menuduh tanpa bukti, memakan harta dengan zalim, membunuh dan memukul sesuka hati. Lalu pada hari kiamat, orang yang di zalimi akan menerima pahala amal si penzalim. Jika pahala amalnya telah habis (diberikan) sedangkan kesalahan dan dosanya semasa di dunia kepada orang yang tidak berdosa masih banyak, maka Allah S.W.T akan memberi pula dosa orang yang dizalimi itu kepadanya sehingga semakin berat bebannya, lalu Allah S.W.T campakkan dia ke dalam neraka.”(Riwayat Muslim).









Contact Us

013 9903323

No 6, Lrg Jasa 2B, Off Jln Hj Sirat, Klang, Selangor

info@coachzul.com

Comments (3)

  1. sifueUsahawan Sep 05, 2017
  2. Siti fakarozila bt zakaria Sep 05, 2017
    • Coach Zul Sep 05, 2017

Leave a Reply