Tabung vs Simpanan

2020 – kami bersetuju untuk Pantang Jumpa RM 20, kami akan Simpan Dalam Tabung. Dah 19 kali pikir, MashaAllah Aura RM 20 mampu hasilkan RM 2000 di pertengahan Tahun. Maksudnya kita akan berjumpa lebih 1000 kali dengan ‘beliau’ dalam tempoh 6 bulan ini. Namun aktiviti ini memerlukan Jiwa yg Kental Suami & Isteri. Sebab ia TUNAI.

————————————–
TABUNG vs SIMPANAN
—————————————
1. TABUNG untuk Buat Sesuatu. Cthnya Nak Beli Emas, Nak Gi Holiday, Nak Gi Umrah, Nak Gi Sambung Belajar, Nak Apa² Jua yg Anda Suka. Atau Tabung utk Anak² di masa Depan Pon Boleh. Atau Tabung Kecemasan, Sakit, Demam semua boleh. Pelbagai Guna. Jangkamasa Pendek dan Panjang.
2. SIMPANAN dihari tua anda. Atau perbelanjaan kecemasan. Bukan Suka² boleh guna. Bila dah terpakai, kena ganti semula. Bukan Pelbagai Guna. Tapi tujuan yg terhad. Boleh jadi ia punyai Dividen sebab Jangka Panjang.
Tak Kisah Lah Apa Yg Anda Nak Istihar istilah ini. Asalkan ada 2: Yaitu Jangka Pendek dan Jangka Panjang.
———————————-
MALAS MENABUNG & MENYIMPAN, TAPI MEMIMJAM
———————————–
+) Logiknya bila kita Start Berhutang, maka kita akan terikat terus dgn Hutang tanpa sempat menyimpan dah.
+) Ini disebabkan Faktor minda kita kata kita tak cukup duit. Jadi kena berhutang. Wrong Mindset!
+) Hutang nie perkara yg boleh bincang. Baik Bank atau Persendirian. Boleh ReSchedule Hutang utk kurangkan Beban. Bila berjaya diskus utk ringankan komitmen beban hutang, lebihan itu lah buat simpanan, bukan sebat sampai habis licin.
+) Malas menabung nie sebenarnya PENYAKIT. Penyakit SELESA dgn apa yg ada hari ini. Terasa ia kekal selamanya. Dan penyakit ini tiada Ubat. Bila dah terkena, memang jadi perangai atau tabiat atau habit. Jauhkan berkawan dgn golongan ini. Banyak kondem org, banyak tuding jadi, sembang kari dan konfem tak menang belah kita. Kasi je beliau menang. Tinggalkan terus. Sampai masa, kita dia cari. Masa tu lempang cukup²
+) Penyakit MALAS tak boleh ubat. Tapi boleh TUKAR atau SWITCH. Bila rasa malas nak simpan, masa tu terus ambik duit masuk lam tabung. Bila rasa RM 20 berat nak buh lam tabung, amik je RM 0.20 letak lam tabung pon xpe.
+) Letak Tabung tempat senang nampak. Tapi org lain tak tahu pon itu Tabung. Asal keluar rumah nampak ‘beliau’. Asal masuk rumah nampak ‘beliau’ sekalipon rupa ‘beliau’ macam Bekas PotatoChips..
TABUNG nie menampakkan kita KAYA. Sebenarnya orang MENABUNG ni tak kaya. Org susah je menabung nie.
Kita sedar kita susah kan? So, Menabung lah.
Kecuali kita nie binti dato vida atau bin Dato alif. Jika bukan, MENABUNG LAH.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Whatsapp Coach Sini
    Hai..
    Apa Coach Boleh Bantu?