11 Teknik Padu Belajar Buat Sales

COACH, Saya Nak Belajar Buat Sales! – Ujar seorang di dalam PM Whatsapp Coach!
 
Ramai usahawan baru yg tengah bersemangat down jika lebih 3 hari berturut-turut tak dapat sales!
Macam Mana Coach Tahu?
Sebab Coach Pon Sama Down jika Selepas 3 hari tak dapat Sales! Orang yg masih bertahan lega ialah yang ada pendapatan bulanan. Jika tiada pendapatan bulanan, memang kepaladah masuk air jika tak dapat sales!
 
Tanpa Sales, Nak Makan Apa kan? Kita tak makan tak pe lagi tapi kalau anak nak susu pon tak leh beli, Allahu Kesian sangat! Ya 3 Hari adalah tempoh yg sangat Darurat jika income hanya bergantung kepada bisnes. Coach sendiri pernah lalui saat kesusahan hidup ini. Sebab tu jika anda Susah nak dapat SALES, berusaha lah!
 
Izinkan Coach Senaraikan Sebanyak Mungkin Tips “apa yang Anda Patut Buat Bagi mengelakkan 3 Hari Tanpa SALES!” Cuba Amalkan, semoga Anda kembali Ada SALES!
Baiklah. Coach Kasi FORMULA S.T.R.O.N.G untuk anda Belajar Buat Sales! Amacam? Sedia?
S – Selalu buat posting di Social Media Anda! Kesilapan semua usahawan ialah tidak sabar untuk menjual di facebook. Bagus. Saya dulu pon begitu! Cuma ingat pesna saya. Boleh menjual di posting tapi percayalah orang takkan like posting itu. But its okey, Coach kasi anda 1 cara lain, selain anda buat posting menjual, Anda juga misti mula menulis content. Apakah itu menulis content? Anda mula menulis Tajuk-tajuk ini di Facebook anda..
  1. Tulis 3 Tips untuk………
  2. Tulis 3 Khasiat apabila ……..
  3. Tulis 3 Kelebihan
  4. Tulis 3 Petua untuk ………
  5. Tulis 3 Keburukan ……..
  6. (dan lain-lain lagi)
T – Tunjukkan testimoni Samada dari kita sendiri atau Orang Lain! Ya. Takkan lah bisnes anda tiada testimoni kan? Pelik sangat. jadi apa kata anda ulas tentang testimoni itu? Apa kata pelanggan dan apa yang pelanggan anda kata! Huraikan sikt sebanyak apa yg dia cakap tu dan convince friend/followers anda baca tentang itu! Ada juga teknik hantar hadiah pada Guru kita yg ramai Followers tu dan mintak dia buat review. Pon Boleh! Sebaiknya mintak dia Tag Nama Anda sewaktu dia buat Review / Testimoni tu!
R – Rajin buat Engagement dengan klien atau prospek terdahulu. Samada menggunakan Call atau Whatsappp atau Email. Ya, ada ketikanya kita lupakan pelanggan kita yang lalu kerana duk sibuk cari pelanggan baru.  Engagement kena Balance! Boleh jadi dia pelanggan kita semasa produk A. Now kita jual produk B, boleh je perkenalkan kepada mereka produk A pula. Ini yang kita sebut engage! Jangan tinggal. Sentiasa Jaga hubungan dengan mereka yg pernah membeli dengan kita. Macam-macam idea yang anda boleh buat. Ucap selamat tahun baru, CNY, salam Ramadhan, salam hari raya, selamat hari guru, MERDEKA, Deepavali, Cuti Sekolah, dan macam-macam ucapan lah yg kita boleh buat. Buat lah. Jangan Tinggal!
O – Olah 10 Idea lain Buat Skrip Sales Anda! jangan guna 1 Skrip saja. Cipta lebih banyak skrip supaya penulisan anda banyak seni. Atau Video anda banyak warna. Atau percakapan anda penuh makna.
  1. Skrip Biasa
  2. Skrip Jiwang
  3. Skrip Sedih
  4. Skrip Sentap
  5. Skrip Lawak
  6. Skrip Takut
  7. Skrip Cinta
  8. Skrip Ambil berat
  9. Skrip Iktibar
  10. Skrip Teaser
N – Nak Seribu Daya.  Jika tiada juga Sales kot Online, ambil pendekatan berjumpa face 2 face. Mungkin Rezeki Anda Kot Offline. Mana tahu kan? yang penting Anda Bijak guna semua medium untuk marketkan Diri Anda, Offline & Online! tapi kalo anda tak nak keluar dari rumah anda, make sure anda aktif bergerak sana-sini dalam talian anda, sekalipon anda di rumah. Sampai sini, Anda Ada 2 cara saja, nak duk rumah atau keluar jumpa klien!
G – Gunakah ayat-ayat simpati. Ini Last Weapon! Cthnya
Salam Puan, Saya memang tgh berusaha dapatkan Sales bulan nie.Jika puan tiada masalah, bantu lah saya sikit sebanyak, semoga Allah swt berikan rezeki yg melimpah ruah kepada puan.
EXTRA Tips, Anda Juga Boleh Guna FORMULA C.L.O.S.E untuk menjual!
C – CopyWriting yang Power!
L – Live yang Konsisten!
O – Online kan semua produk anda di 7 Tempat PERCUMA ini!
  1. Post di fb MarketPlace
  2. Post di fb Personal & fb Page
  3. Post di iG
  4. Post di Shopee
  5. Post di TikTok
  6. Post di Whatsapp Business
  7. Post di Website!
S – Skrip Jualan Memukau!
E – Engage Setiap kali Sebelom Musim gaji, Ketika Musim Gaji dan Selepas Musim Gaji!
Senang ke Susah Belajar Buat Sales?
Pada Coach tak senang, dan tak pula Susah! Ia Bergantung pada Kemahuan Diri! Jika kita Nak, maka kita akan berlumba untuk dapatkan. tapi Jika tak Nak, Ermm bagi lah apa-pon mereka akan nafikan.
JUMPA Lagi di Lain Masa Dan Ketika!
Jika Ada apa-apa Soalan, Roger saya Coach Zul.

6 thoughts on “11 Teknik Padu Belajar Buat Sales”

  1. Sukran Jazilan Coach… terharu sangan dengan sumbangan coach
    Semoga Allah rahmati serta luaskan lagi rezki
    Perkongsian ini amat membantu saya yang masih dalam proses memahirkan diri dalam digital marketing.

    1. terima kasih coach utk perkongsian, bermakna sangat pada saya yg baru je memulakan langkah sebagai usahawan..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Whatsapp Coach Sini
    Hai..
    Apa Coach Boleh Bantu?