Rancangan Perniagaan & Pelan Tindakan

KONSEP MUDAH BUAT RANCANGAN PERNIAGAAN- Coach Zul
 
Bila kah kita buat Rancangan Perniagaan? Kita Bisnes Dulu atau sebelom bisnes lagi?
—————–
1. Ada orang buat bisnes, terus buat Business Plan/Rancangan Perniagaan. Dia ambik Buku, lukis-lukis dahulu apa yang dia nak buat..
 
‘2. Ada orang buat bisnes, tak de lukis-lukis dah. Apa dia pikir betul, dia terus buat. Yang silap, dia betulkan, sampai lah jumpa formula betul.
 
KITA YANG MANA? NO 1 ATAU NO 2?
 
Esok saya akan Sharing Business Talk tentang Business Plan & Action Plan di UMK.
 
#BusinessPlan @ #RancanganPerniagaan
Tak kisah samada kita nak belajar dulu baru buat bisnes atau buat bisnes dahulu baru belajar. kedua-duanya adalah PROSES BELAJAR.
 
Bila kita kita nak buat bisnes, sebenarnya kita dah mula merancang. Cuma tidak diterjemahkan dalam Struktur yang betul.
 
MEMBINA RANCANGAN PERNIAGAAN Boleh dibina Bermula Dengan 3 Soalan ini:
 
1. Apa Bisnes yang Saya nak Buat?
“Cth: Saya Ingin Menjalankan Perniagaan Menjual Tupperware”
 
2. Mengapa Saya Pilih Bisnes ini?
“Cth: Saya memilih Bisnes ini untuk Mencari Rezeki yang Halal, untuk sara pendapatan keluarga, nak selesaikan masalah pelanggan yg susah nak cari tupperware dan tentu sekali sebab saya nak jadi Jutawan”
 
3. Ada Permintaan ke Bisnes saya ini?
“Cth: Ya. Selepas saya (Perhati atau dengar) dari maklumat kawan-kawan, saya dapati majoriti kawan-kawan saya peminat Tupperware dan dari kalangan kami, belom ada usahawan Tupperware. Saya rasa ini Peluang yang baik untuk saya”
 
SETIAP SOALAN AKAN BERBEZA JAWAPAN. Setiap dari kita mempunyai kehendak berbeza-beza.
1. Ada usahawan dia nak buat apa yang dia nak buat.
2. Ada usahawan dia nak buat apa yang pelanggan dia nak.
 
Nota: PASTIKAN ANDA BUAT BISNES YANG ADA PERMINTAAN. JANGAN BUAT BISNES YANG ANDA SENDIRI TAK PASTI PERMINTAAN ITU ADA ATAU TIDAK.
 
Memastikan ‘Bisnes Saya’ ada permintaan adalah Kriteria yang wajib dibuat oleh setiapusahawan. Ada sebahagian Sifu menyebut ini ialah “MASALAH”. Masalah Nak dapatkan Khidmat, Masalah Nak Cari produk seperti ini, Masalah Nak dapat Servis ini, dan macam-macam lagi masalah yang kita nampak sebagai 1 Peluang untuk kita mulakan bisnes”
 
Wujudnya Permintaan adalah kerana Wujudnya Masalah.
 
Baik, jom kita tukar bisnes dan kita ambil situasi pandemik COVID19.
 
Katakan Bisnes Kedua ialah Bisnes Jual Ikan.
 
1. Apa Bisnes yang kamu nak buat di Musim PKP ini?
– Dimusim PKP nie, Saya nak buat bisnes Jual Ikan Segar Online dan perkhidmatan penghantaran ke Rumah.
 
2. Mengapa Pilih Bisnes ini?
– Sebab saya tengok ramai orang terjejas tak boleh keluar Rumah dan dalam masa yang sama mereka nak Ikan Segar, tapi tak boleh keluar Rumah. Saya rasa dengan adanya Platform Online, mereka boleh Book, dan ikan-ikan segar ini boleh sampai ke rumah mereka!
 
3. Ada Permintaan ke?
– Tentu Sekali dan tidak syak lagi. Saya ada buat Survey, banyak bisnes Online lain cthnya Jual buah pon dah Online, Jual barang Runcit pon dah Online, jual makanan pon dah Online. Saya Yakin, ikan pon Tinggi Permintaan!
 
 
CUKUP DENGAN 3 SOALAN ini, maka kita terus dengan Soalan Bagaimana Nak Buat? Atau kita namakan PELAN TINDAKAN.
 
 
Pelan Tindakan
—————–
Pelan tindakan ialah penerangan tentang bagaimana kita buat Bisnes itu. Apa Halangan? Dan Apa kejayaan yang Diraih jika berjaya Laksanakan.
 
SEKALI LAGI, mari Kita Lihat Corak Soalan dalam Pelan Tindakan.
 
1. Bagaimana Saya nak Buat Bisnes Tupperware ini?
– Saya akan buat Facebook Page dan buat Website. Kemudian saya akan menulis tentang kebaikan Tupperware di Web saya dan share banyak info-info Tupperware ini di pages saya. Saya Akan buat FBLive untuk bagitahu ramai orang. Saya juga akan buat Google My Business, supaya bila orang cari, akan jumpa Tupperware saya. Saya juga akan buat video Khas letak kat youtube, supaya di Youtube pon orang jumpa saya. Saya juga akan keluarkan RM 300 sebulan utk buat bayar Iklan facebook.
 
2. Apa halangan yang saya hadapi?
– Saya masih malu utk Live, masih baru lagi dalam ilmu digital marketing. Saya juga masih baru dalam bisnes, kawan-kawan pon tak tahu ramai lagi. Follower pon baru baru. Saya juga tak pandai menulis panjang-panjang. Design pon saya tak berapa mahir. Team saya belom ada kecuali saya seorang. Disamping duit juga tak berapa banyak dan saya juga pasti ramai pesaing!
 
3. Apa Apa tindakan utk Atasi Halangan itu?
-tentu sekali saya akan tambah ilmu dan cari guru Marketing yang betul. Saya akan jumpa leader-leader tupperware yang telah berjaya untuk dapatkan Tips dan Inspirasi. Saya juga dengan berani akan bgtau kawan-kawan yang saya telah buat bisnes ini dan akan yakin utk Live! biarpun tak pandai bercakap. Saya akan belajar & berlatih sampai jadi influencer. Saya juga akan menulis tentang bisnes Tupperware ini setiap hari. Saya yakin bila saya istiqomah Live & Posting, follower saya akan bertambah, pelanggan saya juga akan bertambah. Untuk Design, saya akan guna software yang mudah seperti canva grafik yg boleh guna di telefon jer. Meskipon saya masih lagi tiada team, saya akan mula team up ngan Leader saya dahulu, belajar sebelum saya yakin boleh lead team sendiri dan bermula dengan seorang downline dahulu baru saya kembangkan. Saya yakin dengan kewangan yg sedikit ini, saya perlu berjimat meskipon pesaing-pesaing saya telah hebat, saya Yakin Rezeki dari Allah itu tak pernah berkurang, asalkan saya dikurniakan nikmat sihat, akan teruskan berkongsi kepada kawan-kawan saya, fb saya dan buat Live untuk dapatkan SALES! sampai lah nnt saya ada duit, baru saya buat iklan BERBAYAR! InshaAllah.
 
4. Apa Peluang yang anda dapat jika Berjaya Buat?
Wah! Jika Berjaya buat nie, saya pasti dapat Income Puluh Ribu sebulan, bahagiakan insan yang saya sayang iaitu keluarga saya dan keluarkan Zakat untuk bantu orang lain pula. InshaAllah, jika saya berjaya tahun ini saya akan bantu team saya juga utk dapatkan Income 5 angka sebulan seperti saya dan jadikan Legasi ini sebuah inspirasi supaya kami sukses selalu Dunia Akhirat!.
 
 
BAIK lah, ini antara Model Ringkas Rancangan Perniagaan & Pelan Tindakan.
 
Adakah ini telah SIAP?
– tentu Sekali Belom.
 
Kita Semua Boleh berangan-angan! tapi Bila nak Buat?
 
Ya. Dalam Coaching Rancangan Perniagaan, kita perlu tanya mereka, Bila nak bermula?
 
Cth:
Bila Anda Nak Mula?
 
– Saya Akan Mula Buat Page:
– Saya Akan Mula menulis setiap hari:
– Saya Akan Mula Live:
– Saya Akan Mula belajar:
– Saya Akan Mula Ada Team:
– Saya Akan Mula Dapat 10,000 pertama:
 
 
Soalan Bila nak Mula jadikan sebagai bahagian Akhir.
Selesaikan Niat. (Set)
Tahu Apa yang Nak diBuat. (Start)
Mulakan! (Sukses)
 
 
 
Business Coach.

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Whatsapp Coach Sini
    Hai..
    Apa Coach Boleh Bantu?