Bila kali terakhir anda berterima kasih kepada Guru Anda?
Saya juga dah lupa.. Hahaha. Ayuh kita kenang Jasa Guru-guru kita!!
Namun sejak saya ceburkan diri dari dunia Latihan ini, orang gelarkan saya Cikgu Zul, Sifu Zul, dan tentu sekali Coach Zul.
Sejarah Saya Menjadi Guru:
2004- Selepas ditauliahkan Sebagai Pegawai Muda Angkatan Tentera Malaysia, saya mengandalikan Kem Biro Tatanegara sebagai Ketua Jurulatih bersama Tuan Jamil Wahab
Kemudian saya buka syarikat consultant Gelaran Tuan Zul dikekalkan. Ditakdirkan saya menjadi fasilitator SchoolNet (Di SKMM), saya sempat berkhidmat di Sekolah Keb Sg Pas (Kuala Krai). Masa tu Stident off Coz La panggil saya Cikgu Zul.
Kemudian saya mengambil Certification Coach. Sehinggalah Professional Certification yang lain sehingga bergelar Master Trainer. Dan hingga hari nie, Gelaran Coach Zul dan menjadi Brand saya.
Guru-guru saya mula bertambah. Dari Tadika sampai lah sekarang. Dari tak terkenal sampai lah terkenal seperti DMFK. Saya Sangat hargai Guru-guru saya.
Ramai juga yang terdiri dari sahabat-handai yang merupakan Guru-guru saya. Sebab saya menyanjung tinggi semua ILMU yg depa Kongsi kepada saya.
Paling tidak dilupakan dalam sejarah ialah berkenalan dengan Guru Coaching & NLP (Neuro Liguitic Programming) saya dan Founder kepada PLF (Professional Learning Fasilitator) iaitu Guru Rizal Hassan. Di sini lah bermulanya kehidupan saya sebagai Penceramah Bahagian Korporat. Ya. Sungguh besar jasa beliau.
5 Tahun, saya berdiri sebagai seorang usahawan dan kini telah Bergelar Master Trainer di MDEC
Alhamdulillah, saya telah mengajar lebih 10,000 Usahawan, Telah berjumlah lebih dari 100 Case Study Usahawan pelbagai Bidang termasuk Bisnes Yang Tak pernah di dengar iaitu Bisnes Balak atau Bisnes Shipping to Oversea. Saya juga pernah coaching LIVE dengan orang berada di Germany selama 4 Jam (Atas Talian).
Coaching Coach Zul bersama usahawan Sangat Mengujakan. Sebab tu saya sentiasa mengambil keputusan untuk Coaching di tempat usahawan itu sendiri. Nak Feel ‘Bau Kilang’ atau biar dapat lihat suasana Industri.
Guru-guru telah membentuk diri kita hingga kita berada di tahap sekarang. Ramai usahawan Coach Zul dah mendapatkan status ‘Titan’ dengan Dr Azizzan (Dengar Cerita itu Coaching Paling Dicari di Malaysia setakat ini).
Guru-guru telah memberi laluan dan panduan kepada kita untuk mencapai impian dan apa yang kita inginkan.
Di hari guru ini, saya mengambil kesempatan mengucapkan salam Takzim kepada semua guru-guru saya dan sahabat handai semua. Saya juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru-guru yang telah mendidik anak-anak dan isteri saya.
Orang melihat saya seorang guru, seorang pakar. Hakikatnya saya sangat berasa tidak layak. Sentiasa ada orang yang lebih dahsyat dari dan lebih hebat dari kita.
Itu lah pegangan orang berilmu. Sentiasa berasa Aman dengan ILMU. Ilmu menyinari kegelapan. ILMU menyuluh masa depan. Cintailah ILMU, Kasihilah Guru. Semua ILMU asalnya dari Tuhan. Lalu tidak layak untuk kita mengaku Ilmu itu milik kita.
Carilah Barokah ILMU. Selamat Hari Guru.Coach Zul Nak Hargai Semua Guru-guru yang telah banyak membimbing. Moga tuan guru semua mendapat Barokah hidup di dunia dan barokah hingga ke Akhirat. Alangkah indahnya jika suatu hari nanti bertemu kembali di taman-taman Syurga Allah SWT. Bersama Para Rasul & Anbiya’ yang mencintai ILMU. Dapatlah kita bertanya lebih banyak tentang ILMU-ilmu yang Banyak Lagi kita tidak ketahui. Sapa Masih ingat guru dia sejak sekolah rendah lagi? Ni gambar guru Coach Zul semasa darjah 1,2,3. Cikgu Esah. Cikgu yang sangat penyabar. Penyayang dan sentiasa mengingati Mohd Zulhazri Azmi. Waktu buat Majlis Maulid pada bulan Nov 2019, beliau ter-datang ke rumah.. Owh bestnye mengungkit kenangan. Ya Allah segar dalam memori beliau tentang perangai saya masa kecik-kecik dulu. Selamat hari guru Cikgu!! Saya Sayang Cikgu Semua!! Jasamu tidak terbalas dengan kata-kata. Cukuplah kami hadiahkan Cikgu amalan2 yang berguna, moga-moga OverRide Pahala ini sampai juga pada Cikgu-cikgi semua. InshaAllah.Kenali Coach Zul | Follow Fan Page Coach Zul