CopyWriting nie Ayat Jualan Jer..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Baiklah Kali nie saya nak menulis dengan panjang tentang CopyWriting.. Saya ada ‘Mood menulis’ apabila banyak sangat Kes Study tentang Copywriting dari USahawan minggu ini.. Bagi yang masih susah nak buat Copywriting, baca sampai habis. Yang nak buat Copywriting gempak sakan juga baca sampai habis apa yang Coach Zul yang cerita nie..

Weapon Copywriting yang saya ada 8. Ikut lah nak guna yang mana satu:

S- Start Up Header
T- Timeline
O- Objective
O- Objection
R- Result
I- Instruction
G- Guarantee
T- Testimonial

Sekarang Saya Tunjuk Contoh Sample Guna Kelapan-lapan ini.

Cara guna Start Up Header. Pastikan anda memanggil customer yang betul. Copywriting nie, ayat memanggil pelanggan. Anda mesti lah tahu siapa yang anda nak panggl betul? So Panggil lah betol2.. Contohnya..

“Sedang Cari Pakej Scuba Diving di Tioman yang Murah?”

Cara guna Timeline. Gunakan Bahasa Limited Offer. Limited Edition. Terhad. Sahaja. dan sebagainya yang boleh menunjukkan Eksklusifnya Iklan anda waktu itu. Itu lah Timeline. Asalkan ia menyentuh tentang masa, consider betul. Contohnya..

“Promo Scuba Diving nie tak tama tau.. Sekejap jer.. Maybe 3-4 Hari SOLD Out. Cepat Grab seblom abes”

Cara guna Objective. Objective nie apa yang anda nak sampaikan. Anda nak cerita tentang apa sebenarnya? Anda nak orang dengar tentang apa? Anda nak orang tahu tentang apa? Lihat contoh nie..

“Anda Pasti Nak Rasai Pengalaman Diving di Tioman. menyelam bersama Ribuan ikan-ikan dari lihat batu karang tercantik di dunia kan?

Cara Guna Objection. Objection nie Penafian Psikologi tau boleh juga disebut Reverse Psychology. Ayat yang becanggah secara ringan tapi bukan Blame produk sendiri. Jadi Guna bila BERANI jer. Kalo tak berani tak payah guna. Lihat Contoh:

“Tak Best Langsung! Ada ke dia bagi menyelam 2 hari je? Jangan ambik pakej 2 hari nie beb. Tak best gillez. Sekajap jer dah balik. Tak puas lagi beb! Dia punya Laut, Ikan, Pengalaman perghh.. Pergi Maldieve pon belom tentu dapat cam nie.. Korang Ambik pakej 4 hari 3 malam terus! Lagi Murah & Berbaloi. Yang Penting Puas hati.. Jangan jadi macam aku” Luah seorang peserta sewaktu memberi testimoni kepada kami di Tioman pada 22 Mei yang lalu..

Cara Guna Result. Result nie penting sebab Pengguna akan mula membuat penilaian untuk ‘Purchase’ atau tidak. Jika pengguna rasa dia menang, maka dia kemungkinan besar akan beli. Jadi Terangkan lebih banyak tentang Result. Apa yang pengguna Dapat selepas menggunakan khidmat/servis anda! Lihat Contoh:

3 Pengalaman Baru anda dapat dalam Pakej Scuba Diving bersama Zul Travel di Tioman adalah”

  • a. Pengalaman Selfie Dalam Lat macam Diver Pro
  • b. Pengalaman Terjun Laut di 7 Pulau di Tioman, setiap pulau ada khazanah tersendiri
  • c. Pulang dengan Pensijilan Scuba Diving asas. Next time boleh sambung Scuba lagi..

Instruction, Ini dah Part Nak Closing Sales. Jika Part2 di atas dah cun, maka anda suruh la depa buat apa pon, depa akan buat. Bagi je arahan apa pon, mereka akan ikut. Sebab tu penulisan bermula denganĀ STOOR tu kena Mantap sebelom buat iĀ !!.Contohnya.

Whatsapp Kami kat sini >> scubadivers.wasap.my

Atau Hubungi 60103553323

Masukkan Guarantee. Jika anda ada G, maka Pengguna lagi berkeyakinan. Samalah ertinya dengan warranty. Jika anda menyediakan servis ini, maka ini Added Value untuk Ayat Jualan ANDA..

Risau Lemas? Uish Rileks.. Kami menyediakan 3 Penyelam Pakar bersama dengan anda, dengan keselamatan yang dijamin tahap Antarabangsa. Dan semua pakej kami dilengkapi dengan Insuran. Alhamdulillah setakat ini, belom ada kejadian direkodkan kerana keselamatan anda adalah keutamaan kami!!

Testimonial. Ini juga perisa yang biasa dimasukkan dalam Ayat Jualan.

“Cik Ha memang tak pandai berenang. Tapi teruja sangat nak Scuba Diving. Alhamdulillah dengan Ajaran dari Mentor dan Divers2 yang pakar, Cik Ha dapat gunakan Teknik yang betul dan paling Bestnye, Sekarang Cik Ha lebih yakin untuk berada di Laut lebih Dalam. Divers, tunggu Cik Ha akan datang lagi!!”

 

Ya Semudah itu lah buat Copywriting.

Pendekatan Lain dalam Copywriting ialah TIR-UBA-IK. (Tiru + Ubah + Tambah Baik) atau TiruVasi (Tiru + Inovasi)

Tiru Je Lah Apa Masalahnya. Tukarlah Contentnya, Tukarlah Gambarnya, Tukarlah No Telefonnya dan tukarlah Brand & HashTagnya..

 

Copywriting Panjang ke Pendek yang terbaik?

Kemon. Buat je semua. Panjang, Pendek, Sedang semua itu adalah WEAPON penting dalam Copywriting.
Panjang pon kalo tak best dan Bosan tak guna juga.
Pendek sangat tapi xde apa-apa, memang tak de orang Klik/Action

So anda punya punya Feel Cam ner? Jarang orang mengarut panjang2 dalam Copywriting. Pengguna sekarang nak cepat jer.. So Paling penting SETUP HEADER yang GEMPAK beb. Baru Orang Klik untuk Baca..

Sekalipon RESULT untuk pelanggan Bagus, tapi jika Header tak best, mereka tak Klik untuk baca seterusnya..

Dapat Sesuatu? Sila Share Article ini ke Pages Anda ya..

Atau DOWNLOAD eBOOK COPYWRITING saya di SINI
Atau DOWNLOAD eBOOK COPYWRITING saya di
SINI
Atau DOWNLOAD eBOOK COPYWRITING saya di
SINI

Nah Coach Zul belanje sekeping gambar Scuba..

Scuba-Diving-Tioman

 

Owh Ya. Bagi anda yang masih belom hadir ke kelas eUsahawan, Jom belajar Bisnes Online dengan Coach Zul, Dibuka Sepanjang Tahun. PERCUMA sahaja.

Whatsapp Saya di Sini ya >> eu.wasap.my

2 thoughts on “CopyWriting nie Ayat Jualan Jer..”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Whatsapp Coach Sini
    Hai..
    Apa Coach Boleh Bantu?