coach zul

Membina Branding di SOCMED GOOGLE dan MARKETPLACE

Salam Semua Geng! Saya Zul..
Saya nak share ILMU Padu sikit tentang memBina branding jenama Anda di social media semudah ini:
1. Gunakan 1 Nama Khas. Contohnya [Coach Zul]
2. Pakai Username Yg Sama di Semua Platform contohnya seperti di bawah:
SOSIAL MEDIA
Kekuatan Socmed: Brand Awareness, Publisiti dan membina rangkaian networking. Membantu melonjakkan pemasaran dan boleh hantar traffic untuk aktiviti closing pula!
GOOGLE
Kekuatan Google: Search engine. Senang orang nak jumpa kita dalam carian google atau nak tengok profile korporat Brand kita. Ada profile yg padu di google, senang nak Close projek korporat atau Joint venturee program. Senang Bina TRUST dengan Kastemer.
MARKETPLACE
Kekuatan marketPlace: Boleh tarik Duit Setiap hari. Syarat letak produk laku keras. Yg orang pakai setiap hari. Yang ribuan orang cari setiap hari. InshaAllah Senang Sales Berlaku!
3. Ketiga-tiga Platform ini bertujuan mencari pelanggan atau mencipta publisiti, untuk memudahkan pelanggan cari dan aktiviti menjala sales.
4. Ingat Analogi Mudah ini: SOCMED, GOOGLE dan MARKETPLACE adalah SENJATA.
5. PELURUnya pula adalah CONTENT. CONTENT Terbahagi kepada 5 iaitu G-VALA:
A. GAMBAR – Kena pandai ambik gambar dan kena pandai sikit editing. Software yang femes seperti canva sangat membantu!
B. VIDEO – Trend sekarang orang tengok video. Adanya Tiktok, Short dan Reels. Super Shot Video. Dah tak payah nak edit video panjang-panjang seperti dulu kala.
C. AYAT – Lagi padu karangan dan inspirasi, memang cepat sangat Hit! Orang akan share dan share secara organic.
D. LIVE – Takut? Malu? Tak Pandai? Tolak tepi dulu utk sukses! Dah ramai influencer dan usahawan berjaya sebab Live! Buat Jerr.
E. ADS – Takut duit lebur? Ketepikan Mindset Lebur duit kerana Setiap pemasaran ada kosnya. ADS yang konsisten menjadikan produk anda, brand anda dikenali dari masa ke semasa utk bertahan dalam Niche anda dalam jangka masa panjang!
Adanya senjata dan peluru, Pemasaran kita nyata

Mantap

!

Sales juga Sangat Padu!
Masa Merangkak, Boleh pakai teknik Zero Cost dulu.
Dah ada duit boleh guna Paid Marketing pula.
Next Level, ada rezeki lebih boleh Expand kepada Pengiklanan Radio, TV dan BillBoard pula.
Owh Ya, apa-apa pon sebelom menembak, kena ada ILMU. takut cedera jer.. Pedih oo nak sembuh semula..
Make sure ilmu yang betul. Maka, belajar lah. berguru lah. Tanpa jemu. Sentiasa update kerana teknologi peperangan, serangan dan pertahanan sentiasa berubah-ubah. Belajar ngan Coach Zul pon boleh semua ILMU-ILMU digital marketing nie. InshaAllah BERBALOI!
Dan tak perlu buat semua sekali dalam masa sehari. Buat satu persatu. Kuasai satu persatu. Rilek-rilek dan santai-santai jer.. 🙂
Buat Sikit-sikit. Yang penting ISTIQOMAH. KONSISTEN itu yang lebih MAHAL.
SEMOGA BERMANFAAT GENG!
Boleh tinggalkan jejak Link Anda di ruang komen utk saya follow anda ya!

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Whatsapp Coach Sini
    Hai..
    Apa Coach Boleh Bantu?