Puas hati sangat² terima Whatsapp dari Banker, Loan Rumah Cyberjaya Lulus. Ini adalah Rumah ke 4 dlm sejarah saya beli rumah.
Saya berjuang 10 Tahun utk Bebas dari Belenggu hutang bank.
Asbab banyak hutang, saya selalu xlepas Loan.
×Loan keter
×Loan rumah
×Loan bisnes
×Loan peribadi jauh sekali
Semua tak leh..
Sebab tu kalo scammer nak kencing, awal² lagi nampak benar pembohong..
.
Semuanya sejak 2013, Coach diuji dgn kejatuhan kewangan yg teruk. Suami isteri putus pendapatan selama berbulan-bulan. Allah swt shj tempat kami lafaz kesedihan. Kami lepaskan Rumah Semi D sebab xmampu lagi nak bertahan.
.
Sejak dari itu coach lari dari bank. Lari dari LHDN. Lari dari kad kredit. Lari dari segala macam bala gara² “buat loan”
.
Maka selepas 2 tahun lari, kejap bayar, kejap tak bayar, 2015, coach hampir² diistihar muflis. Masa nie coach serahkan syarikat kepada nama isteri shj. Biar lah dia dgn rekod bank yg cantik. Jgn la ada nama coach.
.
2 Tahun pertama perit sangat bermula sebagai seorang usahawan. Nama saja Gah COACH ZUL. Tapi kepala sesak fikir hutang.
.
Bangkit dan terus istiqomah sikit demi sikit mengejar sinar. Tahan diri pakai BMW. Tahan diri tgk Banglo. Tahan diri irihati dgn orang kaya. Sebab kita tahu kita tak de kemampuan.
.
2018, Coach try beli kereta dgn loan company isteri. Benar bagai dikata, lulus sebab tiada nama saya.
.
2018, Coach tubuhkan 1 lagi syarikat atas nama sendiri. Azamnya dlm masa 5 tahun, coach nak clearkan semua Hutang Bank.
.
Amazing Journey. Satu per satu Loan dipadamkan. Menahan diri dari Nafsu bermewahan. Banyak duit ke sikit ke, Coach tahan.
.
Sampai lah suatu hari, bila Surau nak buat Renovation, coach hadiahkan kereta lama kami Naza Citra kat Surau jual dan pendaaptan utk coach infaqkan kat Surau.
.
Isteri pulak kesian Coach tak de kenderaan sejak dulu, beliau ajak Coach tengok kenderaan idaman hati. Kami beli Cash kereta tu. Sebab kalo pakai bank, konfem xlulus. Xpe lah Cash pon Cash lah. Keter seken jerr.. xmampu nak beli baru. Janji hidup, boleh jalan, yg sesuai ngn imej seorang Coach, Vellfire buruk jer.
.
2021, isteri kata nak try beli rumah baru, ganti rumah Semi D yg kami jual 9 tahun dulu. Maklumlah usia dah meningkat. Berbekalkan bisnes dari rumah, kami sediakan Bank Statement, bayar cukai, Zakat, kamk uruskan kewangan sebaiknya. Lulus loan rumah Corner Lot. Dah lama kami perlukan rumah sebegini sebab kami happy sgt buat bisnes dari rumah.
.
2022, coach tutup semua hutang² lama. Padamkan Blacklist. Kecuali ada loan 1 rumah. Itu pon kalo boleh nak jual.
.
Coach try usha rumah di Cyberjaya. Ala² kondo gitu.
Cimb tolak.
Bank islam pon tolak.
RHB reject.
Sedihnya..
Di penghujung Ramadhan. Ambank whatsapp! Ucapkan tahniah. Allah shj yg tahu, betapa bersyukurnya Coach sebab selesai juga perjuangan membuktikan pada Bank, nama coach dah bersih dari rekod Blacklist.
.
Coach dah tak nak buat hutang lain.
Kecuali beli aset.
Biarlah diri ini penat berjuang bayar rumah sahaja.
Tanpa disedari, Isteri pula ada 2 Loan.
Loan kereta dan loan peribadi masa awal² kawin dulu.
InshaAllah sebelom hujung tahun nie, Coach akan aturkan Full Setelment utk beliau pula. InshaAllah.
Ada 1 lagi Impian Nak Tanah Suci je..
Kalo ada rezeki, coach nak buat haji terus di usia muda ini..
Ya Allah terima lah aku sebagai Tetamu-Mu..
Terasa malu juga hutang² lain Allah swt bagi kemudahan utk langsaikan. Takkan la utk ke Tanah Suci tak nak usaha pulak kan..
Coach nak ubah lagi diri ini jadi lebih baik.
Nak teruskan passion membantu Usahawan dan masyarakat tanpa henti..
Nak membantu lebih ramai org seperti idola Ust Ebit Lew buat..
Hidup biasa²
Bebas dari Hutang
Doakan Coach Ya..
InshaAllah ILMU hapus hutang dlm masa 10 tahun nie akan dikongsikan. Ameennn