Sikap profesional elak jadi malas.

MALAS…rugi diri dan organisasi. – GAMBAR HIASAN (goole.com).

HASHNAN ABDULLAH

SIKAP professional yang konsisten diakui mampu memberi impak besar kepada apa sahaja yang kita lakukan dalam hidup ini.

Apa tidaknya, sikap tersebut akan menjadi daya penarik orang di sekitar untuk kekal berurusan dengan kita, sama ada berkaitan urusan perniagaan atau pekerjaan.

“Amalan sedemikian tidak boleh dibuat-buat kerana ia memerlukan keikhlasan dan kejujuran yang mantap dalam diri sendiri.

“Tetapi percayalah, walaupun ia bukan mudah tetapi kita akan jadi orang yang rugi jika tidak amalkannya,” kata Mohd. Zulhazri Azmi (Coach Zul).

Fasilitator Pembelajaran Profesional IQP Solutions itu berkata demikian ketika sesi kelas anjuran program PENJANA PERKESO-Digital Marketing secara online di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

COACH ZUL (gambar atas, kanan) menerangkan antara aspek pemasaran yang perlu difahami oleh peniaga online.

Kelas yang selama empat hari bermula 13 Febuari itu menyentuh aspek asas professional, platform digital, enjin pencarian, pembangunan kandungan, pengurusan data dan pemasaran.

Sejajar dengan itu, tidak hairanlah apabila Coach Zul menyifatkan individu berkenaan mempunyai keupayaan bekerja tanpa perlu pengawasan majikan.

Beliau berkata, golongan itu memiliki sikap sebagai seorang perancang iaitu mempunyai pelan yang perlu dilakukan setiap hari.

“Dalam masa sama, mereka turut memiliki tahap kebergantungan atau tawakal yang tinggi kepada Allah SWT,” katanya.

PLATFORM Online tidak boleh lagi diketepikan.

Kekuatan sedemikianlah, kata Coach Zul, akan membolehkan indivdu berkenaan sentiasa bersemangat untuk mengubah nasib diri sendiri dan sesiapa yang berada di sekitarnya.

“Contohnya dalam bisnes. Kalau dulu pakai cara tradisional, tetapi kini sudah ada peluang untuk terokai digital marketing, maka sertai dan amalkannya,” katanya.

Menyentuh kelas itu, para peserta didedahkan dengan aspek teknikal pemasaran di media sosial, antaranya Google MyBusiness, Whatapps Business, dan penghasilan iklan (percuma dan berbayar).

Dalam masa sama, aspek teknikal lain seperti bina laman web, buat live, Canva, e-book, copywriting, shopee/lazada, buat jualan dan juga memantapkan lagi jualan turut diajar di kelas berkenaan.

Coach Zul turut berkongsi pengalaman dan tip-tip yang boleh digunakan oleh para peserta dalam mempromosikan produk atau perkhidmatan yang dijual oleh mereka.

“Seseorang usahawan perlu mahir dalam menjual nilai (value) produk kita, bukannya jual harga kerana kemahiran sedemikian tidak semua dimiliki oleh peniaga.

“Tidak perlu pun nak sebut harga, kalau penerangan kita berkenaan nilai produk mampu menjentik emosi seseorang pelanggan,” katanya.

end.

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Whatsapp Coach Sini
    Hai..
    Apa Coach Boleh Bantu?