SILAP BESAR JIKA ABAIKAN DATA PELANGGAN

DATA pelanggan untuk tarikan pelanggan setia dan baru. – GAMBAR HIASAN (suryasemesta.com).

HASHNAN  ABDULLAH.

DATA pelanggan kepada dunia perniagaan, terutamanya bisnes dalam talian (Online) cukup penting. Ia antara elemen utama pemasaran percuma  bagi mewujudkan pelanggan yang setia.

Pelanggan yang setia itu adalah golongan pembeli yang bukan hanya secara konsisten mengunjungi kedai Online kita, tetapi turut membawa bersama pelanggan yang baru.

“Tidak semestinya pelanggan itu datang setiap hari ke kedai Online kita tetapi kunjungan mereka telah beri impak cukup positif kepada jualan bulanan,” kata Mohd. Zulhazri Azmi (Coach Zul).

COACH ZUL (kanan, atas) menerangkan carta aliran pemasaran digital.

Beliau berkata demikian ketika mengajar secara dalam talian Kursus Digital Marketing 8.0 Penjana dan ZNS Synergy Sdn. Bhd. di Kuala Lumpur pada 17 Februari lalu.

Pada kursus sehari itu, para peserta didedahkan tentang elemen yang ada dalam Digital Marketing, termasuklah penggunaan video, copywriting, harga dan juga pengiklanan.

Sehubungan itu, Coach Zul menegaskan bahawa sebagai peniaga, kita perlu memperoleh maklumat tentang pelanggan khususnya nama dan nombor telefon bimbit mereka.

Tambah beliau, melalui maklumat itu akan membolehkan kita mengetahui dengan jelas karakteristik atau ciri-ciri pelanggan yang berkunjung ke kedai Online kita.

“Maklumat itu akan membolehkan kita mengurus kedai Online mengikut kemampuan atau keserasian majoriti pelanggan kita.

“Dalam masa sama, kita sebagai peniaga dapat menghebahkan apa juga promosi terbaru tentang harga, diskaun, tawaran istimewa dan sebagainya,” katanya.

CARTA aliran platform pemasaran digital.

Pada kelas sama, Coach Zul turut menasihatkan para peserta akan memastikan ilmu digital marketing yang dipelajari selama ini tidak hanya diamalkan secara konsisten.

“Bahkan, perlu dikongsi bersama dengan orang lain kerana ia sejajar dengan ajaran Islam yang mahukan kita jadi bermanfaat kepada sesiapa di sekitar kita,” katanya.

 

 

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Whatsapp Coach Sini
    Hai..
    Apa Coach Boleh Bantu?