MEMAHAMI KELEBIHAN ARTIFICIAL INTELLIGENCE (AI) MARKETING

SELARAS dengan era Artificial Intelligence (Ai) dalam pemasaran digital, kira-kira 30 usahawan Melaka mengambil peluang untuk pelajarinya melalui kursus yang dianjurkan oleh MARA Melaka di Melaka, baru-baru ini.

Kelas selama tiga hari, dua malam bermula 19 September itu dikendalikan oleh dua orang tenaga pengajar terlatih, Coach Zul dan Cikgu KB.

Pelbagai aspek pemasaran Ai tidak hanya didedahkan secara teori tetapi juga pratikal kepada peserta. Apa yang menjadi tarikan di kalangan usahawan yang hadir adalah Ai memudahkan lagi kerja-kerja pengurusan pemasaran, seperti copywriting, poster, rakaman video/foto, analisis pasaran dan lain-lain lagi.

Mereka juga menyifatkan kelas sedemikian memberi peluang terbaik untuk berkongsi idea pemasaran dan juga jalinan kerjasama sama ada dengan tenaga pengajar atau usahawan yang hadir.

Sekiranya anda berminat nak hadiri kursus seperti ini, boleh layari laman web coachzul.com atau hubungi 010-3553323.

#CoachZul #DigitalMarketing

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Whatsapp Coach Sini
    Hai..
    Apa Coach Boleh Bantu?