Assalamualaikum WBT
Alhamdulillah kita telah melangkah masuk ke Tahun 2023. Dan tahun silih berganti, usahawan silih Berganti.
Ada yang Baru Nak Start Bisnes. Then mereka tanya soalan ini pada Coach! “Bagaimana Nak Start Bisnes?”
Ada yang Bisnes Baru Nak Grow. Mereka tanya soalan “Bagaimana nak Besarkan perniagaan”
Ada Bisnes tengah STUCK! Mereka tanya soalan “Bagaimana nak dapatkan SALES?”
Ada Bisnes tengah Down! Mereka tanya soalan “bagaimana Nak Selamatkan Bisnes Saya?”
Disebabkan Ulasan bagaimana Nak Mula Bisnes nie Panjang, Saya Cuba Ringkaskan.
1. PILIH PRODUK @ SERVIS YANG NAK DIJUAL
2. PLATFORM MANA YANG NAK MULA FOKUS DULU
3. CONTENT YANG NAK DIGUNAKAN UTK PEMASARAN
4. BAGAIMANA CARA NAK HEBAHKAN
Kat sini perasan tak, tiada 1 pun soalan ditanya tentang berapa duit yg kamu ada. Betul? Jadi ini adalah 4 Soalan Coaching yang wajib dihadam dulu utk buat bisnes sebelom pergi ke Peringkat ke 2 iaitu SCALE-Up
Untuk bermula bisnes, cukup lah dulu 4 Soalan ini. Tiada ke soalan kena buka SSM ke Coach? Soalan ini sebenarnya tidak perlu ditanya. ia umpama bila anak dilahirkan, kena bagi susu tak? Atau jika anak pergi sekolah, kena bawak buku tak?. Atau soalan ini, jika nak drive kereta, kena ada lesen tak?
Jawapannya: YA. lebih asas dari Teknikal (cara buat bisnes), kita harus dahulu Setelkan SSM (RM70). Sediakan Akaun syarikat (RM500), sediakan Nama syarikat (free), sediakan BRAND syarikat (free), sediakan dokumentasi syarikat (print jer) dan sediakan cop syarikat dan bisnes card (RM50).
Boleh juga bab-bab Lesen nie ditangguhkan (jika tiada modal lagi).
“Saya ada seorang sahabat (skrg dah jadi Coach) – memang tahun 2020 dulu tak nampak pon bisnes apa yg dia boleh buat. Dia ikut jer kelas Coach. Dia follow rapat strategi. Belajar je apa yg Coach offer. Hujung 2022 nie Skrg, dah pandai buat Ads, dan sekarang pendapatan beliau RM1000 sehari tu level senang je nak dapatkan. Lepas dia dah pandai buat RM1000 sehari, baru saya perasan dia dah daftar syarikat.” Berapa lama masa dia ambil utk sampai ke tahap ini? 1-2 Tahun gais. So rileks lah. Normal 1-2 tahun. jarang orang 1-2 hari dah boleh buat RM 1000 sehari.
Bisnes dia tak guna Modal Besar, tapi guna kemahiran, kepandaian dan bakat. Beliau buat servis mengurut Batin lelaki. Bila dia bgtau Coach ttg bisnes dia, Baru Coach sedar, urut batin nie rupanya ramai yang perlukan. 1x urutan RM 250 beb! Belom yang Major Servis lagi, mahu RM500 sekali urut. Uis Macam servis kereta pulak ye. (hahaha). Sehari dapat 4 orang dah capai RM1k.
Guys. Apa kita belajar dari sini? Kita nie tak perlu tunggu sempurna utk bermula. Mula jer dengan apa yang anda ada. Kita tak boleh follow orang. Kita kena tengok apa yang kita boleh lakukan. Semuanya Bermula dengan SAYA. Lihat wajah anda di CERMIN. Tatap lah ia selama beberapa minit sampai anda nampak kejayaan di mata anda. Bersyukur lah anda boleh melihat. Kerana ada usahawan OKU saya, penglihatan mereka pon ditarik nikmat oleh Allah swt. Pon Boleh Berjaya!
———————————
Dalam Proses Nak BESARKAN PERNIAGAAN, ada tambahan SOalan:
5. Berapa Budget Marketing Kamu?
6. Berapa Kerap kamu Beriklan?
7. Berapa Ramai Team Sales Kamu?
8. Berapa banyak Saluran Pemasaran yang team kamu gunakan?
9. Berapa jumlah Database yang kamu ada?
10. Bagaimana Strategi kamu dalam memenangi Repeat Sales Pelanggan?
Contoh kes Kenalan Saya di atas, dia dah bangga duduk berjaya buat 1k sehari. Guys tangan kita nie bukan selamanya kuat utk mengurut orang. Paling kuat pon 10-20 tahun lagi boleh guna kudrat nie. lepas nie kita akan tua, kita akan sakit, kita akan mati. Apa berlaku pada bisnes kita? Anak kita? isteri isteri kita? eh banyak sangat isteri nie. Ha tu belom kira yg ramai anak dan ramai isteri.
Lalu Bisnes perlu ada SCALE uP. Apa Maksud Scale Up?
Bukan kita sorang yg uruskan bisnes. Ada team. Ada Pasukan. Ada Affiliate. Ada Dropship. Ada network! Ada Special Support untuk bisnes kita.
Ya – kawan saya tu juga sama. Suatu masa Nanti dia akan datang pada Coach atau jika bukan saya pon, jumpa Coach lain pon boleh, mereka akan tanya “Saya Risau dengan bisnes saya nie. bagaimana Saya Nak Scale Up. Bagaimana saya nak ada team. kalo saya ajar orang lain, mereka tak sailang saya ke?”
—————————————–
Alhamdulillah, sampai lah kita STUCK! Sebab bisnes ini penuh ranjau dan onak Berduri. Coach pon sama juga. Jika saya lena diulit mimpi- Orang akan Potong saya! orang akan sailang saya. Orang akan pijak kepala saya.
Saya kena sentiasa ada startegi baru.
So pada bahagian STUCK! maka anda kena ada STRATEGI BARU!
Dalam Masa merangka Startegi baru nie, kadang-kadang tak baru pon. Mender lama. Tapi Belom Buat lagi. Contohnya buat Live! Contoh jer nie. Kenapa saya sebut Live? Sebab Live nie, baru 7% usahawan buat. 97% lagi tak buat pon. malu lah, takut lah, tak pandai lah, telefon cakap penat lah, macam-macam alasan mereka bagi.
STUCK memerlukan Busines Coaching. Tak boleh Coach nak huraikan kat sini. tapi Coach boleh bagi perumpamaan yang mudah.
Dia umpama nak jawab matematik, pastu dah tak reti dah. Tekan calculator pon salah. Tengok buku pon masih tak keluar jawapan. So, apa kena buat?
“Mudah jer. Esok pi sekolah tanya Cikgu. Setel. La Senang jer. Esok masuk kuliah, tanya Lecturer. Habis citer. Takkan dia tak tahu kan? Dia dah kaji dulu dari kita. Jawapan ada pada mereka.”
Ini lah Cerita Kenapa Saya Sendiri ada MENTOR saya.
Dan saya Coaching ramai usahawan di bawah saya.
Personal Coaching ke, Group Coaching ka, Private Training ka, sama jer. ia akan membebaskan kita dari masalah yang membelenggu.
Bangga tak tunjuk gambar ini? ini bukan kebanggaan. Tapi Nak Cerita kat korang, syarikat sehebat Wawa Cosmetik pon jemput cikgu dia utk selesaikan matematik mereka.
Ini lah bisnes Contoh utk kita semua. Saya Sangat Respect Insan-insan yang hebat ini. Dah jutawan pon masih mencari ILMU. bahkan tidak malu utk belajar. Mahal cari Sifu lain, Cari Sifu yang tak mahal seperti Coach Zul nie.
———————————————–
Last Sekali Adalah bagaimana Nak Selamatkan Bisnes SAYA?
hah dah kenapa? Dulu no 1 skrg dah tertinggal jauh dah?
Betul Guys. Ini bila Allah SWT Uji – nauzubillah. Kita yang duit boleh bilang celah-celah jari nie maybe logik la terduduk. Coach pernah bekerja dengan majikan yang level beli Helicopter guys. Beli 6 biji kapal terbang sebab ada sekolah penerbangan sendiri. Takat beli Mazda bagi hadiah kat bini tu biasa. Anak dia masa tu umur 2 tahun pon ada saving RM 2 juta. Bisnes macam nie patutnya tak jatuh dah kan? Kaya Beb!
Dalam Buku MENGAPA BISNES TAK GROW tulisan fahdi Funnel Evo, beliau pon sentuh cerita yg hampir sama. Dia tanya ingat tak MOTOROLLA? Syarikat Gergasi Dunia tahun 90-an hingga tahun 2000. Hilang dah sekarang nie. Tak berapa wujud dah.
Jangan Kata MOTOROLLA, Nokia pon tercungap-cungap bersaing sekarang walaupon pada tahun 2001-2008 dulu Nokia lah PEMANDU TERPANTAS di dunia.
Apa yang kita BELAJAR? Siapa YANG MEMILIKI KEKAYAAN du DUNIA ini?
Allah SWT yang Paling Kaya!
Maka bila nak selamatkan Bisnes, maka Selamatkan Iman kita dahulu. Kembali Audit SOLAT kita. AMALAM kita. QURAN kita. ZAKAT kita. SEDEKAH kita. BAHASA kita. DOA kita. PERBUATAN kita. RIBA kita. JAHAT kita. JAHIL kita. DOSA kita. Semua kena AUDIT.
Adakah kita benar-benar buat apa yg NABI GARISKAN?
Adakah kita Menganiayai PELANGGAN?
Adakah kita Cakap KASAr DENGAN CUSTOMER?
Adakah kita RIAK Bila Buat KEBAIKAN?
Adakah kita Sudah RASA KITA BANYAK ILMU?
Ingat Gais. Kita Diuji Bila Kita Di PUNCAK. Cuba kita bayangkan, kita memanjat pokok kelapa. Senang tak? Masa duk kat Bawah Senang la. Nikmatnya bila dah capai buah kelapa. Kita gugurkan satu persatu sampai lah kelapa habis. Kita Panjat lagi sampai dah tiada dahan nak berpaut. masa nie baru kita sedang kita gayat. Rapuhnya daun-daun kat atas sana. Jika angin lalu saat kita terkapai-kapai di puncak pokok kelapa, Nak harap kat siapa lagi gais masa nie? Baik kita berdoa pada Allah swt dan turun lah semula ke bumi. hidup dengan cara biasa. esok kan boleh panjat lagi? Sampai masa dah tak larat, Upah la orang lain. Sekalipon bila dia dah pandai panjat kelapa sendiri, dia pi buat bisnes panjat pokok kelapa pula sama macam kita. Itu lah pahala kita. Melahirkan orang yang hebat bahkan lebih hebat dari kita. Syukur lah.
Semoga Tulisan ini memberi Manfaat untuk Semua..
“Bagaimana Nak Start Bisnes?”
“Bagaimana nak Besarkan perniagaan”
“Bagaimana nak dapatkan SALES?”
“bagaimana Nak Selamatkan Bisnes Saya?”
4 Soalan ini bukan dengan pengalaman 10 hari buat bisnes. tapi perlu lebih 10 tahun buat Bisnes. Baru kita dapat Rasa Semua Soalan-soalan ini.
SEMOGA TAHUN 2023 ini, Tahun Yang GEMILANG untuk SEMUA! Murah Rezeki dan Bebas dari belenggu HUTANG. Sihat Tubuh Badan dan bertambah SUKSES dari tahun 2022
-Coach Zul
Jika Perlukan Bimbingan & Coaching, Roger saja saya di 0103553323