“Coach, saya dapat order, tapi jauh sangat nak buat. Aduuu.. xdapat nak buat apa..”BACA JAWAPAN MENARIK INI..Apabila Kita Sudah Bersedia Melangkah Jauh, maka bersedia juga dihubungi Klien yg lebih jauh.Katakan kita hanya Jual Nasi Lemak dalam Daerah sahaja, pendapatan semasa RM 1500, dan kita pon bermohon pada Allah agar limpahkan Rezeki. Suatu hari ada Panggilan masuk nak order Nasi Lemak kita, tapi Luar Negeri.Apa Kita Nak Buat?Tolak Terus atau Terima?
Mana mungkin kita mampu melangkah jauh tanpa diuji. Bisnes ialah “Urusan Memudahkan Pelnggan”.Jika Memang Pelanggan itu memang Mahukan kita, maka jauh pun kita terima sahaja.
Ini Fasa Melangkah Lebih Jauh.Bisnes ialah Akad. Jual Beli.Maka jika kita menanggung kerugian di atas faktor “jarak”, maka servis caj pengangkutan boleh ditambah dalam Pakej Servis kita. RM 50? RM 100? Ada caj hingga RM 1000 hingga menjadi RM 10,000 hanya Servis Pengangkutan.Lihat Van di bawah. Mereka buat servis Cleaning jer. Ala yg cuci² tuu.
Ya. Bila kita sudah besar, maka harga juga berbeza. Pakej lebih besar. Jarak lebih jauh.Setiap Bisnes Boleh Melangkah Jauh. Kita sedia atau tidak sahaja.Jika kita belom bersedia, maka jauh sikit kita tolak. Susah sikit kita terus batalkan tempahan.JOM LIHAT DARI SUDUT MATA PELANGGAN..-Pelanggan yg Kecewa akan terus kecewa. Takkan contact kita dah sampai bila².
JOM LIHAT DARI SUDUT PARTNERSHIP-Kita tak tahu, bagaimana pelanggan yg jauh tadi itu siapa. Boleh jadi ia mewakili NGO besar, Persatuan Besar, Orang Kenamaan. Kita tak tahu. Boleh jadi bisnes kita lebih besar asbab kota berani serve mereka itu tadi.JOM LIHAT DARI SUDUT BISNES-Bila bisnes sudah berani keluar, ini sudah masuk fasa baru.
Baca Fundamental yg Coach Zul sediakan ini:
FUNDAMENTALMasa kecil Dulu kita tak berani keluar rumah, mak dan ayah takut kita dilanggar kereta. Tapi sampai masa, kita berani keluar ke rumah jiran. Ke taman perumahan. Ke daerah sekitar. Itu hebat. Sampai masa kita bergerak sendiri ke daerah lain. Sampai lah kita berhijrah ke luar Negeri dan bina kehidupan sendiri.
Dulu mengapa kita takut keluar rumah? Sebab tertanam dalam minda kita Dilanggar Kereta. Tapi bila kita keluar berhati², basikal pon xsempat nak langgar. Kita jer yg tersepak batu, terjatuh longkang kerana cuai. Langsung tiada kaitan dgn kereta.So Bisnes juga macam tu. Dalam Bisnes – Kita Menolak Skim Cepat Kayap. Kita tolak bisnes yg tak genuine. Yg tiada akad. Skrg nie sangat berleluasa skim² spt ini. Sebab apa? Sebab nak mudah. Tak perlu usaha banyak.
Usah terpengaruh dgn skim yg Mudah ini. Bisnes ni tak mudah. Namun Tidaklah Susah bagi mereka yg BERUSAHA dan BERINOVASI.TERIMA KASIH & ALL THE BEST USAHAWAN YANG BERTANYA. Nak Tanya Coach Zul? PM jer..