Kemahiran Negosiasi | Coach Zul

PENGENALAN KEPADA PERUNDINGAN/NEGOSIASI

Kemahiran Negosiasi atau Perundingan adalah perkara yg tidak asing dalam kehidupan kita. Sejak dari kecil hingga dewasa, Negosiasi dan perundingan adalah Rutin Hidup. Bermula dari awal bangun, kita dah mula berunding dengan Diri. Bila berurusan dengan keluarga, kita berunding lagi. Bila pergi kerja, kita berunding dengan Sahabat Sekerja, Staff bawahan dan juga Boss kita. Bila berurusan dengan Pelanggan, kita berunding sekali lagi, dan bila mendekati Masyarakat, kita berunding sekali lagi. Ini negosasi dalam kawalan. Atau Rundingan Dalaman.

Lebih Indah, dalam sedar atau tidak, wujudnya rundingan yang tak perlu untuk dirunding (unnegotiable). Hanya Laksanakan sahaja. Contohnya Solat 5 Waktu. Tiada rundingan lagi. Memang diperintahkan kepada kita dalam bentuk Tanggungjawab. Usah lah dipertikaikan kerana Rasulullah SAW telah berunding dengan Allah SWT, dari solat 50 Waktu kepada 5 waktu sahaja (Rujukan Peristiwa Israk’ Mikraj’).

Dan Ada Rundingan Yang langsung tak Boleh Dirunding bahkan bukan lagi Kawalan kita. Contohnya Kematian. Apabila sampai waktu, maka Pergi lah kita menghadap Tuhan yang Esa.

Maka, boleh kita putuskan, Rundingan Adalah untuk orang hidup! dan untuk meneruskan Kelangsungan Hidup. Pernahkah anda Disaman oleh Polis? Dan Anda berunding sebaik Mungkin agar tak kena Saman? Awas, berhati-hati berunding, kerana banyak perundingan berakhir dengan RASUAH. Matlamatnya Baik, tapi caranya tidak Halal. 


MODUL 1: KEPELBAGAIAN NEGOSIASI

  • Jenis-jenis Negosasi
    • Urusan Rasmi
    • Urusan Tidak Rasmi
  • New Norma – Negosasi Atas Talian
  • Negosasi dalam kawalan
  • Negosasi luar kawalan

TUJUAN RUNDINGAN

Ada banyak.

  1. Rundingan RASMI
    • Perbincangan dengan sesebuah entiti/badan untuk dapatkan hasil yang lebih baik demi kebaikan organisasi/kehidupan
    • Perbincangan untuk kemajuan perniagaan, kewangan atau perbankan
    • Biasanya mempunyai protokol dan SOP cthnya Surat, deraf perjanjian dan lain-lain
  2. Rundingan TIDAK RASMI
    • Berunding secara tidak formal
    • Tiada protokol, namun kebiasaanya penuh TataTertib dan Strategi.

NEGOSASI ATAS TALIAN

Baru-baru ini Negara dikejutkan dengan Kes COVID19. Dalam era normal baharu, kita semua berbicara dengan Media Internet. Dan kebanyakkannya melibatkan Bahasa dan penulisan. Antara medium yang popular seperti Whatsapp, facebook dan website di samping Email.

 


MODUL 2: KEMAHIRAN NEGOSIASI

  • Negosiasi 3S (Sebelom, Semasa, Selepas)
    • Urusan Kerja
    • Urusan Keluarga
    • Urusan Masyarakat
    • Urusan Peribadi

KEMAHIRAN NEGOSIASI?

Usah terkejut, ada orang tidak pandai Negosiasi. Dia sangat tak kisah. Tak kisah kahwin dengan siapa. Tak kisah makan apa. tak kisah kerja kat mana. Tak kisah pun berapa Harga. Tak kisah jika orang mengata. Tak kisah jika orang tak nak berkawan. Beliau adalah insan yang Tak Kisah.

Namun ada orang yang sangat Teliti dalam Rundingan seharian. Nak makan apa. Nak raya baju apa. Nak Shopping kat mana. Jika nak ambil cuti, dia akan runding sampai dapat. Nak beli barang, dia akan rendahkan sepuas hatinya sekalipun terpaksa bercakap lama. Nak dapatkan sesuatu projek, dia akan usahakan sampai berjaya.

JAWAB TEST ini >> https://forms.gle/A28QEjWv1tEZ4CXW7

Pentingkah Rundingan? 

Ya. Untuk mengelakkan dari TERTINDAS. Contoh, ada 3 beradik.

No 1 sentiasa Mengalah.
No 2 sentiasa Senang Sentap jika Tak Dapat.
No 3 sentiasa diberi kasih sayang.

Setujukah Anda, Ketiga-tiga Adik Beradik ini akan BERLAKU MASALAH EMOSI jika dibiarkan berterusan. BINCANGKAN dalam Kumpulan Anda:

  1. Apakah Kesan yang mungkin terjadi pada no 1, no 2, no 3
  2. Apakah Langkah yg boleh dicadangkan kepada No 1, No 2 dan No 3 untuk elakkan kesan tersebut

Akibat tidak bijak negosiasi, atau tidak pandai berunding kita akan jadi lalai dan memusnahkan ekosistem keluarga. Bahkan jika berlaku dalam organisasi, Ekosistem TEAMWORK (Kerja Berkumpulan) akan musnah sekelip mata.

Negosiasi 3S

Dalam membuat rundingan, 3 perkara ini perlu menjadi keutamaan, sebelom bertindak untuk membuat negosiasi.

  1. SEBELOM
  2. SEMASA
  3. SELEPAS

CONTOH KES STUDY 1 : Bayangkan, Anda sedang ingin berunding untuk dapatkan sebuah Kereta Idaman Anda. Anda berhenti Sejenak, tarik nafas dahulu dan fikirkan 3S ini:

  • Negosiasi Sebelom ialah jika Aku teruskan hasrat beli, tanya pada diri: betul ke aku ni memang nak beli kereta? Mampu ke aku bayar?
  • Semasa Negosiasi: Dapatkan fakta yang sahih. Bayarannya. Penyelenggaraannya. Jaminannya. Harganya dan Kebaikkannya.
  • Negosiasi Selepas ialah bertanya diri, adakah aku telah membuat Pilihan yang tepat. Apa yang berlaku pada diri aku, keluarga aku dan kewangan selepas aku dapatkan kereta itu?

Apakah Negosiasi 3S pada Kes-kes Berikut:

CONTOH KES STUDY 2 : Bayangkan, anda sedang ingin berunding MEMBUAT PERSONAL LOAN.

CONTOH KES STUDY 3 : Bayangkan, anda sedang ingin berunding MENAMBAH KAKITANGAN BARU.

CONTOH KES STUDY 4 : Bayangkan, anda sedang ingin berunding UNTUK MELABUR.

CONTOH KES STUDY 5 : Bayangkan, anda sedang ingin berunding UNTUK PINDAH RUMAH.

 


 

MODUL 3: RAPPORT vs NEGOSIASI

  • 3 Senjata Utama Negosiasi
    • 1 Persamaan
    • 1 Bahasa yg sama
    • 1 Objektif yang sama
  • Negosiasi dengan Kaedah (Fact Finding)
    • Teknik Bertanya Soalan
    • Tanya Soalan Dorongan
  • Negosiasi Untuk Menolak
    • Menolak juga memerlukan Negosiasi
    • Menolak dengan cara Bahasa badan
  • Awasi Penggunaan bahasa Dalam Negosiasi
    • Ganti Nama Diri dan Panggilan
    • Ayat Pujian yang profesional
    • Ayat Penidakan yang tidak disedari
  • BodyLanguage dalam membina Rapport & Negosiasi
  • Negosiasi atas talian
    • Call (Nada Suara, bahasa & Memek Muka)
    • Video Call (Penampilan, Suara, Bahasa & Memek Muka)
    • Whatsapp (Gaya Penulisan)
    • Email (Gaya Penulisan Korporat)
    • Media Sosial (Gaya Penulisan)

RUNDINGAN lebih Berkesan & Profesional apabila kita miliki RAPPORT (repo). Apakah RAPPORT (repo) – a close and harmonious relationship in which the people or groups concerned understand each other’s feelings or ideas and communicate well.

  • Mencari Persamaan. Paling cepat membina keserasian ialah Mencari Persamaan. Tidak akan terbentuk Rapport jika anda tidak segera mencari persamaan dengan beliau. Teknik Rapport ini diperkenalkan dalam sistem Neuro Liguistic Programing, NLP. Dan bagi orang Islam, Rapport juga antara yang dituntut oleh Rasulullah SAW : “Kalian tidak akan masuk surga sampai kalian beriman, dan tidak akan sempurna iman kalian hingga kalian saling mencintai. Maukah aku tunjukkan kalian pada sesuatu yang jika kalian lakukan kalian akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kalian.” (HR. Muslim). Bahkan dalam AlQuran sendiri, Allah SWT berfirman  “Apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami itu datang kepadamu, maka katakanlah: Salaamun ‘alaikum. Tuhanmu telah menetapkan atas diri-Nya kasih sayang, (yaitu) bahwasanya barang siapa yang berbuat kejahatan di antara kamu lantaran kejahilan, kemudian ia bertaubat setelah mengerjakannya dan mengadakan perbaikan, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS Al-An’am: 54)
  • Menggunakan Bahasa yg sama.  Contohnya dia guna bahasa negeri Kedah, kita pun cakap Utagha. Jika orang Sabah, jika juga ikut pelat Sabah bha.. Dia orang Kelantan, kita pon cakap kelate. Rapport akan lebih mudah terbentuk secara tidak sengaja!
  • Sepakat membawa Objektif yg sama. Contoh mudahnya, dia membawa minat yg sama dengan kita. Suka memancing. Maka kita juga tunjukkan minat sedikit pada minat itu. Itu Juga Contoh mudah untuk memulakan RUNDINGAN.

Rundingan menjadi lebih santai jika anda RAPPORT. dan menjadi lebih kompleks jika TIADA RAPPORT. Hubungan yg terbentuk melalui Rapport memudahkan kita mencari titik penyelesaian atau persetujuaan, yg menjadi asas kepada RUNDINGAN.

AKTIVITI: Bentuk Kumpulan Masing-masing dan Senaraikan lebih dari 3 Rapport anda dengan Kumpulan Anda.

 


MODUL 4: FAKTOR KEGAGALAN NEGOSIASI

  • Keyakinan Diri
  • Komunikasi yang tidak matang
  • Rapport yang salah
  • Konflik Warisan

 

RUNDINGAN PERINGKAT ANTARABANGSA

Contohnya Rundingan Tuntutan bertindih mengenai Pulau Batu Puteh antara Malaysia & Singapore : Rujukan >> https://ms.wikipedia.org/wiki/Tuntutan_bertindih_mengenai_Pulau_Batu_Puteh

Contohnya Rundingan Malaysia vs Ukraine dalam Tragedi Bersejarah negara, MH17. Rujukan: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mh17-tiada-wang-tebusan-dibayar-dalam-rundingan-dengan-kumpulan-pemisah-40556

Bukan Semua orang Mampu berunding dengan Baik. Namun kita berhak memilih untuk berunding dengan cara TEBAIK.

 

BINCANGKAN TENTANG ISU SEMASA INI

https://www.sinarharian.com.my/article/103884/EDISI/Perak/Ebit-Lew-mohon-maaf-kepada-UPSI

 

 


 

MODUL 5: KESAN NEGOSIASI

  • Menang dalam Kepuasan
  • Menang dalam Kekalahan

Negosiasi untuk memastikan kita menang. Negosiasi juga untuk memastikan kita berjaya tolak. Negosiasi yang Profesional ialah negosiasi yang berkakhir dengan kebaikan di kedua-dua belah pihak.

Negosiasi adalah untuk MENDAMAIKAN.

KES 1 : Ahmad menelefon saya untuk Mohon PERSONAL COACHING bagi perniagaan beliau yang sangat terkesan akibat COVID. Biasanya, Yuran 1 Sesi, harga Personal Coaching ialah RM 1500. Ahmad sangat memerlukan, namun Ahmad tiada duit yang mencukupi untuk Personal Coaching. Bincang berdua & Berikan Berikan Pendapat Anda.

KES 2 : Amar dan Amir bersahabat baik. Suatu hari, Amar ke rumah Amir sewaktu ketiadaan ibubapanya. Selepas ibunya pulang, ibubapanya mendapati sebuah telefon telah Hilang (Sebuah SMARTPHONE). Setelah diselidiki, telah dihubungi, namun tidak dijawab. Selepas 24 Jam, ada perubahan pada Profile Whatsapp telefon yang hilang itu dengan Wajah Amar.  Jika Anda Ibubapa Amir, Ceritakan Apakah Tindakan Anda untuk berunding dengan keluarga Amar?


 

MODUL 6: BLUEPRINT NEGOSIASI

  • Mencipta BLUEPRINT Negosiasi untuk Sendiri
  • Negosiasi Cemerlang pada diri

Dalam sehari, berapa kali anda mempraktikkan atau terlibat dalam Negosiasi? Atau dalam Seminggu?

KES 1: Micheal memandu ke Putrajaya. Sewaktu nak bayar tol, Michael terlupa utk Topup kad touch & Go beliau. Apabila sampai di Tol, baki tidak mencukupi. Michael juga tiada Tunai untuk pergi Topup di kaunter. Andainya Anda adalah Michael, apakah yg anda akan lakukan.

KES 2: Cik Tim seorang usahawan. Beliau berhasrat nak letakkan produk beliau di Stesen Petronas dan kembangkan ke seluruh Petronas di seluruh Negara pada suatu masa nanti. Sebagai seorang sahabat baik, cadangkan kaedah negosiasi yang paling sesuai oleh Cik Tim.

KES 3: Anda di saman oleh anggota Polis kerana memandu melebihi Had Laju. Cadangkan negosiasi yang sesuai pada ketika ini.

KES 4: Anda perlu pulang ke kampung atas sesuatu urusan Keluarga yang penting manakala Bos anda tidak benarkan anda bercuti kerana ada urusan yang penting di pejabat. Cadangkan negosiasi terbaik sebagai orang yang bertanggungjawab pada kedua-duanya.

 


 

MODUL7: KEKUATAN EMOSI (EQ)

  • Ketenangan adalah prinsip negosiasi
  • Negosiasi vs EQ

Tidak dinafikan, prinsip utama Negosiasi ialah SEDAR. Apabila kita sedar, kita mampu kawal Emosi. Emosi Tenang menjadikan kita profesional dan tidak bertindak mengikut Emosi Marah.

PERINSIP utama Negosiasi: SEDAR.

SEDAR menjadikan kita MAMPU mengawal Minda, mengawal emosi, mengawal fizikal dan mengawal Spiritual.

Sentiasa Sedar dan Membuat Jangkaan Awal terhadap Negosiasi.

Negosiasi boleh jadi BERJAYA, dan ada kalanya TIDAK BERJAYA.

Itulah proses kehidupan.

Dalam keadaan yang SEDAR, mengalah tidak bererti KALAH. Ada kalanya dalam negosiasi, kita mengalah dahulu.

Kita ambil Satu Contoh dalam strategi Peperangan Sun Tzu (the Art of War), mengalah dahulu untuk melemahkan Musuh. Dalam seni pentadbiran, kita ambil contoh mudah: Sebagai seorang ketua, orang bawahan memohon Cuti, kita Luluskan. Dalam proses ini, orang bawahan dilihat menang dalam proses rundingan ini.  Namun, andainya dia mohon sekali lagi, kita boleh kata, hari tu saya dah luluskan. kali ini tidak lagi.

LDK : Tuliskan 1 Bentuk Negosiasi Terbaik yang Pernah Anda Alami dalam kerjaya atau kehidupan Anda, dan hantarkan kepada Whatsapp Group.

Contoh Cerita: Pada Tahun 2011, saya berumur 27 tahun. Pada masa ini, saya baharu 3 bulan bekerja di situ dan CEO syarikat tempat saya berkhidmat jatuh sakit. Pada ketika ini, tiada orang yg sanggup mewakili kami, jawatan saya ketika itu Eksekutif IT. Tuan Pengerusi Syarikat telah memberi kata dua, utk menutup syarikat kami atau saya ambil tanggungjawab meneruskan perbincangan dan mewakili syarikat untuk berunding dengan MICROSOFT Malaysia untuk membolehkan syarikat menandatangani MOU utk halatuju yang lebih jauh. Minggu yg sama, perlu berjumpa dengan Board Director Microsoft Malaysia pada ketika itu di KLCC, tingkat 26 tanpa ada persediaan yang cukup, hanya berbekalkan Doa pada Allah SWT agar dipermudahkan. betapa gigilnya saya berjumpa Tn Farad Husaini (Pengarah MICROSFT Malaysia & Teamnya Pada ketika itu). Alhamdulillah, Rundingan tersebut berjaya, 3 bulan kemudian syarikat saya berkhidmat berjaya mendapat status MICROSOFT Partner! 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Paling Manis, Selepas 10 tahun, Pengarah Microsoft itu Join Kelas Usahawan Saya di bulan PKP yg lalu. Saya sangat TERUJA sekali!!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Contoh Cerita:

Memilih kerjaya sebagai Tenaga Pengajar (Trainer) adalah pengalaman terindah saya. Dan paling manis ialah apabila saya berjaya bekerjasama Idola Motivator Rakyat Malaysia, Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah (DMFK). Saya memang tak pernah terlintas utk bersama DMFK, kerana jauhnya populariti beliau berbanding dengan tenaga pengajar kecil (ikan bilis) seperti saya, yg baru kenal dunia korporat. Namun, peluang hadir apabila TEAM DMFK dtg kelas saya pada tahun 2018, dan akhirnya bermulalah kolabrasi yg Lebih BESAR dengan Beliau hingga kini, Alhamdulillah. Syukur!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Whatsapp Coach Sini
    Hai..
    Apa Coach Boleh Bantu?