Hampir 20 usahawan dari lima Kawasan Parlimen di Pahang menyertai Bengkel Pemasaran Digital anjuran KEMAS Pahang di KEMAS Parlimen Kuantan, Pahang, baru-baru ini.
Bengkel selama dua hari yang bermula 12 Jun itu membabitkan kawasan Parlimen Kuantan, Pekan, Paya Besar, Bera dan Indera Mahkota.
Sesi bengkel yang dikendalikan oleh Coach Zul itu tidak hanya menekankan aspek teori tetapi juga pratikal yang seharusnya difahami dan juga memerlukan usahawan berkenaan mahir dalam pemasaran digital.
Jika berminat untuk dapat khidmat Coach Zul, boleh hubungi talian 010-3127005 (hashnan) atau layari coachzul.com.