kelas Zoom eUsahawan Zoom

Isu Keselamatan Aplikasi Zoom & Kelas Online di Musim COVID19 – Bagaimana Hackers Masuk?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Coach Zul rasa terpanggil menulis tentang Zoom sebab banyak orang berbicara tentangnya sekarang.

Adakah Coach Zul Guna Zoom?

Ya. Saya gunakan Zoom untuk jalankan kelas eUsahawan

Saya Pasti, cukup ramai yang guna Zoom untuk meeting, mengajar, party Online dan macam-macam lagi.

ISU KESELAMATAN

Menyentuh tentang Privacy, ini pandangan saya. Di fb sendiri kita bagi privacy Akses. Sama juga lah dengan Zoom. Cuba Zoom ini, jika anda HOST, anda lebih terdedah kepada laluan masuk HACKERS. Sebab apa, sebab anda benarkan PC anda atau Telefon anda dikongsi kepada dunia luar. Tapi bagi anda yang bukan Host, atau peserta tak perlu risau apa-apa.

Lagipon, bank-bank punya Akses dan secutiry sangatlah ketat. Susah juga orang nak ceroboh. Melainkan, hackers itu boleh remote henpon kita, dan kuasai 100%. Bila hantar Nombor Pin, mereka boleh akses juga. Itu Baru Sistem kita diceroboh teruk. Dah mcam ilang telefon la pulak kan..

Lihat Privacy Setting di Zoom dalam Gambar di Bawah, Ihsan dari Cikgu KayBee

JADI COACH, APA SAYA PERLU BUAT?

Sebenarnya, boleh kita Onkan Zoom untuk Belajar. Kemudian UnInstall jika anda Terlalu Risau. Jangan la disebabkan Risau yg bukan-bukan ini, anda terus tak nak belajar.

ADAKAH ZOOM SELAMAT?

Jika Zoom ini tak selamat, adakah anda rasa fB yang kita install itu selamat? fB lagi lah. Kita dedahkan kita duk sorang. Kita tak de suami. Kita kahwin, kita kaya dan macam-macam lagi privacy yg kita sendiri dedahkan, tanpa hackers susah payah masuk telepon kita. So, jika digunakan untuk tujuan Kelas, Zoom tidaklah memberi kebaikan pada si Hackers jika berjaya masuk telefon kita.

KAWAN SAYA BAGITAHU, JANGAN GUNA!

Okey. Jika kawan bagi tahu jangan guna, boleh la turut beliau. Di pihak saya pula, jika anda nak ILMU, belajar lah dulu. Kita guna Medium Zoom ini utk belajar. Chatting & Support, tetap kita guna Whatsapp Group. Bukan tiap kali tanya, login Zoom. Tiap kali nak tanya Login Group.

BAGAIMANA HACKERS TU BOLEH MASUK?

Biasanya Hackers bertindak apabila kita dedahkan Link Zoom. Sebab tu, dalam kelas, saya akan kumpulkan peserta yg minat sahaja. Bukan Open to All utk Akses Link Zoom. Saya emailkan dahulu jemputan untuk anda Klik. Dan ada pulak jangan la gi sebarkan pada orang luar pulak.

APA YANG MENYEBAB HACKERS DATANG?

Hackers datang apabila kita punyai KEPENTINGAN. Cthnya Perbincangan yg Juta-juta, isu2 Negara, dan pasal duit Juta-juta. Jika takat “macam mana nak cari income di kala kesempitan di musim Covid 19?” Yang nie, Buang Masa HACKERS jer.. Hackers nie Level dia Profesional. Dia tak buat kerja-kerja yang membazir. Biasanya Pasti ada kepentingan! Itu adalah kebanggaan utk Hackers!

JADI SELAMAT KE KITA PAKAI ZOOM?

Sekali lagi saya tekankan, HOST atau ADMIN Shj yg terdedah kepada Akses Luar nak masuk ke PC dia. HOST atau ADMIN tu yang kena hati-hati. Tuan/puan sebagai peserta tak perlu risau apa-apa. Lihat apa poster INSKEN letak nie

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

ADA LANGKAH LAIN KE COACH?

Ada. Kita boleh UnInstall selepas belajar Zoom. Atau jangan la tulis sebarang password dan bagi kat orang. Atau orang SMS yg pelik-pelik, jangan cepat nak Reply. Atau Whatsapp yg bukan-bukan, jangan la cepat sangat percaya. Atau orang call, usah gelabah. Lagi-lagi kalo dapat nombor pelik-pelik. Blok je terus. Tapi jangan la Semua nak kena blok. Takut takut Bakal Customer. hihihi

HABIS TU YANG SAYA BACA KAT WHATSAPP Tu APA?

Mintak la Sumber yg sahih dari mereka. Saya pon tercari-cari sumber yang sahih dari Bank negara dan lain-lain tentang Viral ini. Masing-masing suh Uninstall. Tapi jika ia Sahih, Posting nie juga saya akan Delete. InshaAllah.

 

 

 

 

 

SELESAI YA. ITU PENJELASAN SAYA TENTANG ZOOM. Penjelasan ini tidak mewakili Zoom. ini adalah pandangan Peribadi Coach ZUL tentang Zoom dan isu-isu keselamatan yang sedang berlegar-legar. Kesian dekat orang yg Nak Belajar dan nak tambah ILMU lagi semasa Covid 19 ni dan Musim PKP nie.. Jadi Tulisan ini untuk memberi sedikit kefahaman. Ye la, Coach Zul pon takut juga dengar berita macam nie kan. Tapi Alhamdulillah setakat nie, semua Okey!

Dan berita CIMB kena HACK, Maybank semua tu, kalo kita lihat di FB mereka ke, tiada pula kenyataan media Rasmi. 

So kalo boleh usah Panik. Dapatkan berita yang lebih betul. InshaAllah, ia baik untuk kita.

Ada Seorang usahawan Coach Zul, Akaun setel dia jadi RM O selepas install Zoom. Rupa-rupanya bila cek semula dengan SETEL, dia dah guna wat isi minyak. Hek eleee…

KAT MANA SUMBER ASAL NAK BACA SECURITY ZOMM?

Kat Sini >> https://zoom.us/security

Okey La, Itu sahaja yang Coach Zul Nak Tulis. Mudah-mudahan membantu Anda yang Mulia-mulia dan Bermatlamat Nak Belajar, jangan Risau, Jangan Panik. Niat Belajar kerana Allah SWT.  Kita nak cari duit. Kita nak tambah ILMU. Moga-moga Allah berikan kita kebaikan. Rasanya Cukup Dah Nie SEO. Dah 700 patah perkataan dah. Korang Nak Belajar apa itu SEO? Apa itu Media Sosial? Daftar kelas eUsahawan kat sini >> http://coachzul.com/eusahawan

eusahawan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Whatsapp Coach Sini
    Hai..
    Apa Coach Boleh Bantu?