Lebih 80 pelajar tingkatan empat SMK Wangsamaju Seksyen 2, Kuala Lumpur menyertai program Mara Charater di sekolah berkenaan.
Program selama dua hari itu, 11 hingga 12 Jun lalu itu, disertai oleh dua tenaga pengajar motivasi, Coach Zul dan Coach Jamil.
Pelbagai aktiviti fizikal dan kerohanian dilaksanakan dengan tujuan untuk memperkukuhkan lagi jati diri pelajar terbabit.
Pengukuhan sedemikian perlu bukan hanya untuk hadapi cabaran peperiksaan SPM tahun depan, bahkan bagi tangani cabaran di luar sekolah.









