Hari Terindah Bersama DMFK

Hari Terindah Dalam Hidup Saya Sepanjang Mengendalikan kelas eUsahawan..

 

Nukilan Ini Ditulis Sempena Hari Bersejarah YBhgProf Dato Hj Mohd Fadzillah Kamsah sudi Hadir dan berkongsi Pentas eUsahawan bersama saya. -Coach Zul.

d3

Coach Mohd Zulhazri Azmi

Dalam sedar tak sedar, hari ini ialah hari paling indah dalam sejarah Saya Apabila Kelas Saya Dihadiri Oleh YBhg Prof Dato Hj Mohd Fadzillah Kamsah. [Subhanallah].

Sungguh Allah Maha Berkuasa Menyempurnakan Setiap Permintaan dan Doa Hamba-hambanya..

“Ya Allah Ya Tuhanku. Bimbinglah perjalananku dalam Dunia Latihan dan Pembelajaran (Training & Learning) ini dengan berjumpa Guru-guru yang Terbaik dan Membimbing Daku Ke Jalan Yang Benar, Dan membawa manfaat Ilmu ini demi Sebaran hingga Akhir Zaman” – Coach Zul

Alhamdulillah..
Cita-cita Tercapai..
Terima Kasih Allah..

DMFK Menjadi tetamu dalam program sendiri adalah mimpi yang tak pernah wujud dalam sejarah hidup saya.

Tapi Dato pernah pesan, “Kita merancang, Allah merancang. Dan sebaik-baik perancangan adalah dari Allah SWT.”

Dipendekkan cerita, suatu hari yang indah Dr Nash telah mengaturkan pertemuan Coach Zul dengan DMFK. Rasa Happy Tak Terkata sampai tak leh tidor malam weh.. huhuhu

Ku jangka 30 minit jer dapat jumpa, tp Hari tu, Appointment DMFK dibatalkan..

Wah terus dapat 2 Jam sesi Bersama Dato.. Pastinya Akan Menjadi Frame Kehidupan Yang Paling Manis Dalam Sejarah..

Banyaknya Dato Nasihat, walaupon mintak 1 Nasihat jer utk saya bawa balik sebagai Pedoman dan Amalan..

✔ Give More, Reward More..
✔ Tak Penting Mati Di Mana, Yg Penting Masa Hidup Ini, Apa Yang U Buat..
✔ Mengapa Semua Org Belom Berubah? Sebab yg mengubah hanya Hidayah..
✔ Mengapa Rezeki yg diberi Allah, Zul rasa sedikit? Sebab kita bukan cari Duit semata mata, kita cari Barokahnya Sekali..
✔ Zul, Tambah Ramuan Dalam Doa!!
✔ Zul, Tiru Apa Rasulullah Buat Bila Berdakwah..
✔ Zul, Formula Cari Kesempurnaan ada 2 Walaupon Kita Takkan Pernah Sempurna..
✔ Zul, Apakah Maksud Membantu Orang?
✔ Zul, Mengapa Allah Zul Pilih Jadi Coach?
✔ Zul, Yang memberi kefahaman adalah Allah. Bukan kita.. Doakan Semua Usahawan-usahawan yg Zul pernah ajar..
✔ Zul, Bertaubat Sebelum Tidur, kerana tidur itu adalah Mati..

Dan Banyak Lagi..huhuhu..
Saya Rakam Saya Rakam..
Kihkihkih.. Habis Bateryy Phone..

Paling INDAH, Bila DMFK bagitahu, beliau sudi bersama Coach Zul di Pentas eUsahawan pada 16 Julai 2017 (Hari Jadi Beliau Beb!!)

Tunggu lah nanti, Coach Zul akan Buat Surprise Yang Pasti Dato akan ingat sampai bila-bila.. Kebaikan Dato, Kemesraan Dato, Sangat-sangat melambangkan keperibadian Dato.. Coach Zul kagumi DMFK.. Semoga Dato sentiasa berada dalam Rahmat Illahi.. Diberi kesihatan selalu dan Muda sepanjang waktu.. InshaAllah

D1

Dan Hari ini, 16 Julai 2017 adalah hari Terindah dalam hidup Dato | Kerana DMFK menyambut hari lahir ke 66 (ops Terbagitahu pulak Umur Fatah Amin).

Alhamdulillah,

DMFK meluangkan masa 1 jam 30 Minit (jarang-jarang sekali dapat MOMENT beliau beri ceramah sepanjang ini..

Dan beri kita 1 eBook yang cukup bermakna iaitu Memperkasa Magnet REZEKI dan DOA HARIAN.

Benar, kita belajar 1001 teknik dalam Perniagaan. Dan macam2 Sifu kita pergi Belajar, kerana inginkan HASIL yang terbaik dalam perniagaan kita.

Jika boleh, kita nak setiap Sifu yang ajar kita, boleh menaikkan Jualan Kita. Jadi Kaya. Betulkan?

 

Jika Betul, Rupanya Anda dan Saya sama. Kita manusia lemah. Yang selalu Lupa.

Yang memberi kefahaman, yang memberi kekayaan, yang memberi kejayaan, hanya ALLAH swt. Tiada daya diri ini melainkan diIzinkan Allah.

Sifu-sifu yang hebat, Guru-guru yang Warak, cuma sebahagian Asbab untuk menjadikan kita Tahu dan belajar perkara baru.

Allah permudahkan pembelajaran dan pemahaman kita. Lalu Allah murahkan laluan untuk Rezeki kita.

Lalu MAGNET Rezki membicarakan tentang bagaimana Rezeki ini boleh Dijemput dengan meletakkan KEYAKINAN ILMU dan ISTIQAMAH dalam Amalan-amalan yang boleh menjemput Rezeki.

[Paling SEDIH!] Makanan Tiba lewat. Kita semua belom LUNCH, tapi Dato Nekad jugak Nak Start Kelas tepat pada waktunya (Wal-Asr!)

Rupanya Dato sangat pandai mengambil kita semua. Perut yang kosong lebih banyak menyerap Ilmu berbanding dari perut yang kenyang.

D2

[Paling KELAKAR]-Dato Demo cara kencing. Betapa ramai orang yang buat Dosa melalui cara kencing mereka.

[Paling Menakjubkan] Dato boleh lihat tapak tangan untuk kenal perwatakan dan personaliti kita. MasyaAllah. Lebih dari 20 orang mendapat konsultation percuma Dato.

————————-

Anda ingat Saya Ada Masa Untuk Pening Kepala? Ini ayat yang Sangat Kelakar..

—————————

[PALING BEST]-Kita tutup Lampu, dan semua berdiri Menyanyi Lagu Untuk Dato’. Itu sahaja hadiah terbaik dari kita semua untuk Dato’ yang sangat kita Sayangi ini..

Coach Zul Sangat-sangat bersyukur dapat jumpa Dato’. Coach Zul sangat-sangat TERHARU dengan kesudian Dato Berkongsi Dengan 100 lebih usahawan yang Hadir..

Coach Zul akan involve dalam Projek Minda Dato sehingga produk ini terpampang ditepi-tepi Highway, InshaAllah. Ini sahaja balasan yang Coach Zul boleh berikan.

 






2 thoughts on “Hari Terindah Bersama DMFK”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    Whatsapp Coach Sini
    Hai..
    Apa Coach Boleh Bantu?