ILMU bukan hanya datang melalui sesi dalam kelas atau program pembelajaran, tetapi juga menerusi interaksi sesama peserta dan juga tenaga pengajar semasa proses pembelajaran itu berjalan.
Ini kerana, ilmu itu sendiri tidak hanya boleh dipelajari melalui buku tetapi juga pengalaman rakan-rakan sealiran, termasuklah tenaga pengajar.
Tidak hairanlah apabila rata-rata peserta Kursus Pemantapan Penjaja dan Peniaga Kecil 2023 anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyifatkannya sebagai suatu yang bernilai untuk bisnes masing-masing.
Kursus yang menjelajah lapan negeri itu tidak hanya mendedahkan peserta tentang ilmu bisnes Pemasaran Digital yang terkini tetapi skim bantuan serta sokongan agensi bawah KUSKOP dalam memperkasakan bisnes mereka.
Melalui kursus tiga hari, dua malam itu turut memberi kesempatan kepada peserta menjalinkan usahasama sesama mereka.
Itulah antara intipati beberapa peserta yang sempat ditemui semasa kursus itu berlangsung,
Lapan negeri itu ialah Putrajaya, Selangor, Sabah, Sarawak, Perak, Kedah, Johor dan Terengganu.
Sekiranya anda berminat nak hadiri kursus seperti ini, boleh layari laman coachzul.com atau hubungi 010-3553323.
End – hashnan abdullah.